PANTUN MAJLIS AYAH MITHALI


PANTUN MAJLIS AYAH MITHALI

Bunga rampai ditanamkan,
Jangan ditanam bercampur-aduk,
Assalamualaikum saya ucapkan,
Para hadirin silalah duduk.

Sungguh manis buah kuini,
Enak dimakan sejak azali,
Berkumpul kita semua hari ini,
Pada majlis penghargaan ayah mithali.

Berlayar ke pulau bersama adinda,
Sampai ke Eropah juga akhirnya,
Anugerah ini diberikan pada,
Tuan Isagani Isnani namanya.

Si kera itu sifatnya jinak,
Tapi situasi ini sungguh janggal,
Ayah kepada lima beranak,
Dia seorang ayah tunggal.

Nenek sudah tiada bergigi,
Dihatinya resah dan gusar,
Dia tidaklah berpangkat tinggi,
Hanya seorang peniaga pasar.

Penyakit kutu mudah tersebar,
Tidaklah boleh dibawa bercanda,
Membesarkan anaknya dengan sabar,
Walaupun kesempitan wang melanda.

Jatuh cinta mudah kemaruk,
Di hati mula berbunga-bungaan,
Pernah sekali jatuh sakit teruk,
Tetap meneruskan perniagaan.

Ayah beli kereta Bezza,
Bertambah lagi hutang dalam borang,
Anak-anaknya umur berbeza,
Selang dua tahun tiap seorang.

Ke hutan menebang buluh,
Tidak lupa mencari ragi,
Dia tidaklah suka mengeluh,                             
Pemarah merungut apatah lagi.

Kepada Tuhan kita berserah,
Apatah lagi bila banyak buat dosa,
Anaknya sering dapat anugerah,
Cemerlang tak kira masa.

Jasadnya sudah bersemadi,
Jangan cepat kita mengadili,
Anak sulung tamat PHD,
Sungguh luar biasa sekali.

Anak ayam si betina,
Dengan anak jantan ia bertemu,
Anak kedua sambung sarjana,
Tidak lelah menuntut ilmu.

Putera Amir membawa nakhoda,
Akhirnya terjadi banyak pembunuhan,
Anak yang lainnya ambil sarjana muda,
Universiti ukm jadi pilihan.

Melawat ke Kota Banjar,
Kota yang penuh orang berada,
Majlis anugerah dekan pelajar ,
Nama mereka sering ada.

Ibu membuka buah pinang,
Membuka dengan sepenuh daya,
Kini si ayah hidup senang,
Anak-anak sudah pun berjaya.

Budaya asing banyak meracuni,
Lagi-lagi pada golongan wanita,
Titisan keringat selama ini,
Sudah pun berbayar tanpa dipinta.

Pergi ke lubuk menangkap ikan,
Ikan serkap dimasak laksa,
Marilah kita memberi tepukan,
Kepada hero tidak berkuasa.

Hidup ini penuh percaturan,
Cobaan berlembar-lembar,
Majlis ini penuh pengajaran,
Marilah kita mengambil iktibar.

Tuan puteri pergi ke Rasah,
Pulang semula sebelah pagi.
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Tuhan bersua lagi.

Kepada Dia kita kembali,
Muhasabah diri kita renungi,
Tuan Isagani si ayah mithali,
Saya ucap tahniah sekali lagi.


Comments

Popular posts from this blog

PEMBELIAN BARANGAN SECARA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN WARGA CKS, PAPAR

KOMUNIKASI LISAN DALAM BAHASA MELAYU

BAHASA SLANGA