KOMUNIKASI LISAN DALAM BAHASA MELAYU


Pada semester 1 tahun 2018/2019, saya juga mengambil kursus citra komunikasi lisan dalam bahasa melayu. Projek terakhir yang perlu kami lakukan adalah mengarang skrip  pengucapan terancang. Saya telah mendapat tajuk tentang : ANDA SEBAGAI KETUA KAMPUNG DI SEBUAH KAMPUNG DIKEHENDAKI MENYAMPAIKAN UCAPAN SEMPENA MAJLIS PEMBERIAN BANTUAN KEPADA PETANI DAN PELADANG DI KAMPUNG ANDA.

1. PEGAWAI DAERAH
2. WAKIL KEMENTERIAN
3. WAKIL PEJABAT DAERAH
4. PELADANG DAN PETANI
5. IMAM


Terima kasih,
kepada Saudara/i Pengacara Majlis,

Yang Berhormat,
Tuan Haji Ahmad Bin Hassan,
Ahli Parlimen Papar,

Yang berbahagia,
Tuan Siriman Mf Basir,
Pegawai Daerah Papar,

Yang berbahagia,
Tuan Adnan Bin Atin,
Penolong Pegawai Daerah Papar,

Yang Mulia Tuan Haji Azlan,
Selaku imam Daerah Papar,

Yang diraikan,
Para peladang dan petani.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Selamat Pagi, dan Salam Satu Malaysia.
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT, atas limpah kurnia-Nya yang mengizinkan kita berhimpun di dalam program Hari Peladang dan Petani pada pagi yang berbahagia ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
1.    Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat, Tuan Haji Ahmad Bin Hassan, Ahli Parlimen Papar kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita bagi merasmikan Program Hari Peladang dan Petani di Kg, Kelatuan , Papar, Sabah pada pagi ini.
2.    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya rakamkan kepada Yang Berbahagia Tuan Siriman Mf Nasir, Pegawai Daerah Papar kerana banyak menghulurkan pelbagai bantuan dan kerjasama serta menjayakan program selaku penganjur bersama bagi program ini.
3.    Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam program ini, di peringkat persediaan program dan agensi-agensi yang telah turut sama untuk membuka kaunter sebagai tanda sokongan dalam menjayakan program ini.
4.    Saya juga amat menghargai kesudian masyarakat setempat di Kg, Kelatuan untuk menghadiri sesi pemberian bantuan kepada peladang dan petani serta berkunjung ke kaunter-kaunter jabatan yang dibuka semasa program ini. Kesudian tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir ke majlis ini sesungguhnya mencerminkan bahawa masyarakat masih menaruh kepercayaan dan sokongan kepada pihak kerajaan dalam memperkasa dan menambah baik perkhidmatan awam di Sabah amnya dan di Daerah Papar khususnya.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
5.    Program Hari Peladang dan Petani merupakan satu program terbesar yang dilaksanakan oleh Biro Kebajikan Masyarakat secara tahunan di peringkat daerah dan hari ini saya sebagai ketua kampung Kelatuan berasa saya sangat bangga kerana kampung kita telah terpilih menjadi tuan rumah bagi program ini. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Daerah Papar ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para peladang dan petani yang telah banyak menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara dan juga negeri. Oleh itu, dengan sukacitanya pihak kerajaan ingin memberikan pelbagai bantuan kepada golongan peladang dan petani ini. Pemilihan Kampung Kelatuan untuk Hari Peladang dan Petani tahun ini adalah sangat sesuai kerana kawasan kampung kita merupakan kawasan jelapang padi yang boleh dikira besar di daerah Papar. Hasil pertanian di kampung kita juga menunjukan hasil yang memberansangkan pada tahun ini.
 Hadirin yang dihormati sekalian,
6.    Sebanyak 300 petani dan peladang di daerah ini menerima bantuan insentif padi bukit yang meliputi anggaran keluasan tanaman kira-kira 10 hektar. termasuk pemberian bantuan insentif padi tanah kering. Pemberian insentif padi bukit dilaksanakan antara lain bertujuan meningkatkan pendapatan petani di samping membantu mengurangkan bebanan kos pengeluaran padi jenis itu. Proses pengenalpastian petani telah dilaksanakan sehingga akhir Mac tahun ini oleh Jabatan Pertanian. Maklumat ini dibekalkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan di setiap daerah untuk menguruskan pembekalan input seperti racun dan baja kepada petani yang layak dan memenuhi syarat.
7.    Selain itu, lebih RM10 juta input pertanian seperti baja dan racun dibekalkan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) kepada Sabah bagi tahun ini dan hari ini setiap petani yang layak menerima insentif berkenaan boleh mendapatkan bekalan tersebut daripada Pertubuhan Peladang Kawasan yang akan diberikan sebentar lagi dalam majlis ini. Bagi tanaman kelapa ,buah-buahan, kopi, kelapa sawit dan koko, bantuan yang diberikan adalah untuk penanaman dan penyelanggaran. Jenis bantuan yang diberi adalah seperti berikut : bantuan penyediaan tanah, infrastruktur ladang, bahan tanaman, baja, racun perosak, peralatan kecil ladang, dan khidmat nasihat teknikal. Di kesempatan ini, saya ingin menjelaskan sedikit tentang pemberian mesin pengurai padi yang akan diberikan kepada petani yang terpilih. Mesin ini dapat membantu meningkatkan produktiviti peladang kecil dan sederhana. Bagi pengusaha ladang padi yang berpuluh-puluh ekar, penggunaan mesin ternyata perlu bagi mempercepatkan proses melerai. Penggunaan mesin pelerai pada kini sudah tidak asing lagi. Penggunaannya lebih menjimatkan masa dan mengurangkan tenaga kerja.
Para Hadirin yang saya hormati,
8.    Tujuan pemberian bantuan ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan pengeluaran tanaman makanan Negeri Sabah dan juga membantu meningkatkan pendapatan para petani di kampung ini
9.    Saya berharap dengan pemberian bantuan sebegini akan lebih ramai petani yang lahir dalam kampung kita ini, dan diharapkan bantuan ini dihargai dan tidak disia-siakan oleh para petani dan peladang. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat, Tuan Haji Ahmad Bin Hassan, Ahli Parlimen Papar kerana sanggup turun padang untuk memberikan bantuan yang tidak terhingga ini.
Sekian dan terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

PEMBELIAN BARANGAN SECARA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN WARGA CKS, PAPAR

BAHASA SLANGA