PEMBELIAN BARANGAN SECARA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN WARGA CKS, PAPAR
PEMBELIAN BARANGAN SECARA
ATAS TALIAN DALAM KALANGAN WARGA CKS, PAPAR
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti jenis-jenis barangan yang dibeli secara atas talian oleh warga CKS,
Papar, mengenal pasti media sosial yang digunakan oleh warga CKS, Papar untuk
membeli barangan secara atas talian serta mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelian barangan secara atas talian oleh warga CKS, Papar. Kajian dilakukan
di pasar raya CKS Papar. Kaedah kajian ialah pemerhatian, temu bual, soal
selidik serta kajian arkib dilakukan. 10 responden warga CKS yang membeli
secara atas talian telah menjadi responden dalam kajian. Informan yang ditemu
bual ialah orang yang gemar membeli barangan secara atas talian. Hasil dapatan
menunjukkan jenis barangan yang utama yang dibeli secara atas talian ialah
barangan kosmetik, aksesori diikuti dengan barang dapur, pakaian dan gadjet.
Media sosial yang digunakan untuk membeli barangan secara atas talian ialah Facebook, diikuti dengan Wechat dan Instagram serta Shopee MY
dan blog. Antara faktor yang mempengaruhi dalam membeli barangan secara atas
talian terhadap warga CKS ialah terpengaruh dengan pengalaman rakan-rakan,
barang sampai pada masa yang ditetapkan diikuti dengan banyak variasi pilihan
produk, kualiti produk sama seperti yang dijanjikan serta faktor harga murah
dan penjimatan waktu membeli-belah.
SENARAI
KANDUNGAN
Bil
|
Butiran
|
Muka surat
|
1
|
Abstrak
|
1
|
2
|
Senarai Kandungan
|
2
|
3
|
Penghargaan
|
3
|
4
|
1.0 Pengenalan
|
4-5
|
5
|
2.0 Objektif Kajian
|
6
|
6
|
3.0 Lokasi Kajian
|
7-8
|
7
|
4.0 Metodologi Kajian
4.1 Reka Bentuk Kajian
4.2 Sampel Kajian
4.3 Instrumen Kajian
4.4 Cara Pengumpulan Data
4.5 Cara Analisis Data
|
9-12
|
8
|
5.0 Dapatan Kajian
5.1 Hasil Pemerhatian
5.2 Demografi Responden
5.3 Mengenalpasti
jenis barang yang dibeli secara atas talian oleh warga CKS, Papar.
5.4
Mengenalpasti jenis media sosial yang digunakan oleh warga CKS,Papar untuk
membeli barangan secara atas talian
5.5
Mengkaji faktor-faktor mempengaruhi pembelian secara atas talian dalam
kalangan warga CKS,Papar
|
13-33
|
9
|
6.0 Rumusan dan Kesimpulan
6.1 Mengenalpasti
jenis barang yang dibeli secara atas talian oleh warga CKS, Papar.
6.2
Mengenalpasti jenis media sosial yang digunakan oleh warga CKS,Papar untuk
membeli barangan secara atas talian
6.3
Mengkaji faktor-faktor mempengaruhi pembelian secara atas talian dalam
kalangan warga CKS,Papar
|
34-36
|
10
|
7.0 Rujukan
|
37
|
11
|
8.0 Lampiran
|
38-40
|
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada ibu bapa saya, Encik Isagani dan Puan Intan yang banyak menyokong serta membantu
saya melaksanakan kerja kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 Tahun
2015 yang bertajuk “Pembelian Barangan Atas Talian dalam Kalangan Warga
CKS,Papar,Sabah”. Tanpa jasa mereka, mustahillah untuk saya siapkan kerja
kursus ini.
Seterusnya, ribuan terima kasih diucapkan
kepada guru Pengajian Am iaitu Encik Junaidi kerana beliau telah banyak member
tunuk ajar dan panduan serta memastikan saya menyiapkan tugasan ini dalam masa
yang ditetapkan.
Di samping itu, saya hendak mengucapkan
terima kasih kepada rakan-rakan dan pihak-pihak lain yang telah menyumbangkan
masa dan tenaga untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Sumbangan
pihak-pihak ini amatlah kritikal kepada kejayaan saya dalam tugasan ini.
Pelbagai cabaran dan rintangan telah saya
hadapi dalam proses melaksanakan tugasan ini. Walau bagaimanapun, dengan
bantuan dan sokongan pelbagai pihak ini,kerja kursus Pengajian Am Kertas 4
(900/4) Penggal 2 Tahun 2017 dapat saya siapkan dengan jayanya.
Yang
benar,
______________________
(
FITRI NURMUHAJIR )
1.0 PENGENALAN
Takrif perkataan ‘pembelian’ menurut
Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah satu perbuatan atau hal-hal berkaitan membeli.
Perkataan ‘barangan’ menurut Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua pula berkaitan
ekonomi iaitu benda atau perkhidmatan yang diperjualbelikan. Perkataan ‘atas’
diberi maksud tempat atau paras yang lebih tinggi oleh Kamus Dewan Edisi
Keempat. ‘Talian’ pula ditakrif sebagai wayar yang menjalinkan atau
menghubungkan alat eletrik; hubungan telefon menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua.
Definisi dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua untuk perkataan ‘kalangan’ ialah
kelompok orang atau kelompok bangsa tertentu; golongan; lingkungan. Perkataan
‘warga’ merujuk ahli sesuatu keluarga, syarikat dan lain-lain.
Maka, maksud tajuk kerja kursus
ini boleh difahami sebagai pembelian barangan dengan cara perhubungan yang tak
nampak dalam sekelompok orang di pasar raya CKS, Papar.
Sesuai dengan perubahan gaya
hidup yang semakin sibuk di daerah Papar, kaedah pembelian secara atas talian
kini semakin mendapat tempat di hati pengguna. Sejak kebelakangan ini,
pembelian secara atas talian sudah menjadi trend dan semakin berkembang di
negara kita. Kebanyakan rakyat Malaysia menjadikan pembelian secara atas talian
sebagai alternatif terbaru dalam mencari sesuatu barang atau membeli produk
tertentu tanpa perlu keluar rumah. Gajet dan pelbagai alat teknologi yang
dicipta tambah memudahkan. Bermula daripada komputer, tablet, dan telefon
pintar. Kini teknologi Internet sudah boleh diakses di mana jua dan pada
bila-bila masa.
Pembelian secara atas talian juga dipilih sebagai langkah mudah untuk
berbelanja kerana untuk mendapatkan barang keperluan kita tidak perlu beratur
panjang di kaunter. Pembelian secara atas talian merupakan satu trend
masyarakat masa kini semenjak penggunaan internet meningkat dalam tempoh 10
tahun yang lepas. Di negara maju, pembelian melalui internet sudah lama
diamalkan dan trend ini semakin rancak berkembang dalam kalangan masyarakat
tempatan. Pembelian secara atas talian juga telah membuka peluang kepada
pembeli untuk mendapat barangan yang tidak dijual di negara ini secara eksklusif,
bahkan membolehkan pengguna memiliki barangan edisi terhad serta mendapatkannya
dengan harga yang lebih murah. Selain itu, pembeli juga boleh melihat barangan
yang ingin dibeli, membuat perbandingan dari segi harga, kualiti dan jenama
sebelum membuat tempahan.
Fokus kajian ini adalah terhadap
aktiviti pembelian barangan secara atas talian dalam kalangan warga CKS, Papar
dalam aspek khususnya jenis barangan yang dibeli, media yang sering digunakan
dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian barangan secara atas talian.
Rasional kajian ini adalah warga
CKS, Papar dilihat semakin gemar membeli barangan secara atas talian. Mereka
sering berkongsi cerita mengenai barangan yang dibeli oleh mereka secara atas
talian ketika waktu rehat bekerja di sebuah warung makan yang berdekatan dengan
tempat bekerja mereka. Hal ini telah menarik minat pengkaji untuk membuat
kajian ini. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis
barang yang dibeli secara atas talian oleh warga pasar raya CKS Papar, mengenal
pasti media yang digunakan untuk membeli dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian dibentuk adalah untuk mendapat tujuan dapatan dan hasil kajian. Masalah yang kita menjangkakan
akan dihadapi dan dibentuk melalui rangka kerja teoritikal atau konseptual maka
secara tidak langsung. Kita dapat membentuk objektif kajian supaya kajian mampu
dicapai dan diukur.
Terdapat tiga
objektif yang ditetapkan untuk kajian ini iaitu:
1. Mengenal
pasti jenis barang yang dibeli secara atas talian oleh warga CKS,Papar
2. Mengenal
pasti media sosial yang digunakan oleh warga CKS,Papar untuk membeli barangan
secara atas talian
3. Mengkaji
faktor-faktor mempengaruhi pembelian secara atas talian dalam kalangan warga
CKS,Papar
3.0 LOKASI KAJIAN
Peta
1 : Pekan Papar
Sumber
: Google Maps
Pekan Papar merupakan sebuah daerah yang
sedang membangun untuk menjadi sebuah bandar di Sabah. Papar terletak di
Bahagian Pantai Barat , Sabah. Papar juga merupakan destinasi persinggahan
utama di antara Putatan dan Kota Kinabalu di utara dan Membakut dan Beaufort di
selatan. Daerah Papar mempunyai beberapa buah pekan kecil seperti Lok Kawi,
Kinarut di sebelah utara, manakala Kimanis dan Bongwan pula di sebelah selatan.
Populasinya pula sehigga tahun 2010 adalah dianggarkan sebanyak 130 000 orang
dan terbahagi kepada beberapa suku kaum bumiputera yang lain. Terdapat juga
sebilangan kaum Cina yang majoritinya etnik Hakka, dan juga kaum India dan sekelompok
kecil kaum Pakistan.
Peta
2 : Lokasi Pasar Raya CKS, Papar 2017
Sumber
: Carian Google
Pasar raya yang menjadi fokus
kajian ini ialah Pasar Raya CKS, Papar yang terletak ditengah-tengah pekan
Papar. Warga CKS ini mempunyai kecenderungan untuk membeli barangan secara atas
talian.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Bahagian ini membincangkan reka bentuk,
persampelan, instrumen kajian dan cara analisis data.
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang
digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi
ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi
juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa
melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Antara perkara
penting yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah cara mendapatkan responden, cara
mendapatkan maklumat dan data responden serta teknik memproses dan mempersembahkan
data.
4.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian
tinjauan ialah kaedah mengumpul maklumat dengan bertanyakan satu set soalan
kepada satu sampel individu yang dipilih daripada populasi yang hendak dikaji
(Sabhita Marican, 2009). Dalam kajian ini, persepsi warga CKS, Papar terhadap
pembelian secara atas talian menjadi fokus kajian.
4.2 Sampel Kajian
Pemilihan sampel untuk kajian ini
dilakukan secara rawak yang menglibatkan 10 orang responden yang membeli
barangan secara atas talian dalam kalangan warga CKS, Papar, Sabah. Bilangan sampel
yang diambil adalah besar untuk mewakili populasi yang dikaji.
4.3 Instrumen Kajian
Instrumen
ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep yang berkaitan
dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Instrumen-instrumen
kajian yang digunakan ialah borang soal selidik, pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen.
KAEDAH
|
INSTRUMEN
|
Kuantitatif
|
Borang soal selidik
|
Kualitatif
|
Pemerhatian dan borang temu bual
|
Sumber
: kajian lapangan 2017
Jadual
1 : kaedah instrumen kajian
4.3.1 Pemerhatian
Pemerhatian telah dilakukan dengan lawatan
ke lokasi kajian. Dalam proses pemerhatian, gambar-gambar yang relevan telah
diambil. Borang pemerhatian disediakan untuk memerhati dan mengenal pasti
faktor-faktor yang mendorong mereka membuat pembelian barangan secara atas
talian dalam kalangan warga CKS, Papar.
4.3.2 Soal Selidik
Prinsip KISS (Keep it short and simple)
iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami (R.Kuberan el at.2013)
diamalkan dalam pembinaan borang soal selidik untuk kajian ini. Borang soal
selidik yang digunakan mengandungi dua bahagian untuk mencapai objektif kajian.
Soalan dalam borang soal selidik ini merupakan soalan tertutup menggunakan skala
Likert 3 poin.
4.3.3 Temu bual
Soalan-soalan yang berkaitan dengan
pembelian secara atas talian disediakan untuk mendapatkan maklumat lebih
mendalam daripada informan. Temu bual yang dijalankan adalah formal.
4.3.4 Rujukan (Kajian Arkib)
Kajian arkib ataupun analisis terhadap
bahan dokumen merupakan perkara asas dalam menjalankan penyelidikan. Pada
peringkat awal kajian, dilakukan rujukan terhadap bahan-bahan bertulis ataupun
bercetak yang diterbitkan seperti buku, kamus dan majalah. Sumber-sumber
internet juga dirujuk dan diguna pakai dalam kajian ini. Lokasi untuk menjalankan kaedah ini adalah
bertempat di Perpustakaan Daerah Papar yang terletak di tengah-tengah pekan
Papar.
4.4 Cara Pengumpulan Data
Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpulkan
melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, soal selidik, temu bual dan
rujukan (kajian arkib).
4.4.1 Pemerhatian
Lokasi kajian iaitu pasar raya
CKS, Papar dilawat beberapa kali bagi membuat pemerhatian untuk mengumpulan
maklumat. Dalam proses pemerhatian, gambar-gambar yang relevan telah diambil
untuk dijadikan bukti pengkaji telah datang melawat ke kawasan kajian. Pemerhatian bertujuan untuk mendapatkan gambaran
sebenar atau secara langsung ke atas perkara-perkara yang sedang dikaji. Borang
pemerhatian di isi untuk dijadikan data.
4.4.2 Soal Selidik
Kaedah soal selidik digunakan
untuk mendapatkan maklumat tentang jenis barang yang dibeli secara atas talian,
media yang digunakan untuk membeli barangan secara atas talian dan
faktor-faktor yang mempengaruhi untuk membeli barangan secara atas talian.
Borang soal selidik diberi kepada pembeli barangan secara atas talian dalam
kalangan warga CKS, Papar yang sudi bekerjasama.
4.4.3 Temu Bual
Kaedah temu bual juga digunakan untuk
mengumpulkan data. Informan dipilih bukan secara rawak, tetapi seorang yang
lebih berpengalaman dalam membeli barangan secara atas talian telah ditemu
bual. Temu bual tersebut berlangsung selama 10 minit. Soalan-soalan telah
terlebih dahulu dirangka. Jawapan (lisan) informan kepada soalan-soalan yang
diajukan menjadi maklumat untuk kajian ini. Jawapan kepada soalan daripada
informan diajukan menjadi sumber untuk mengisi matlumat dalam kajian ini.
4.4.4
Arkib
Maklumat-maklumat
dari bahan rujukan seperti yang telah dinyatakan diatas dianalisis dan jika
bersesuaian, akan dijadikan sebagai bahan rujukan dalam membuat kajian ini.
Laman-laman web turut diakses untuk mencari maklumat bagi dijadikan sebagai
bahan rujukan
4.5 Cara Analisis Data
Selepas data dikumpulkan melalui
kaedah-kaedah tersebut, analisis secara deskriptif telah dijalankan. Analisis
secara kuantitif telah dijalankan atas data yang diperolehi melalui soal
selidik. Kekerapan, peratusan, min dan rajah yang sesuai telah digunakan dalam
analisis ini. Poin yang diberikan untuk skala Likert yang digunakan dalam
borang soal selidik adalah seperti yang berikut :
YA
|
A
|
TIDAK
|
B
|
Jadual
2
SKALA LIKERT
|
POIN
|
Kurang Setuju
|
KS
|
Setuju
|
S
|
Sangat Setuju
|
SS
|
Jadual
3
Di samping itu, analisis secara kualitatif
pula dijalankan atas data yang diperoleh melalui pemerhatian, temu bual serta
rujukan. Maklumat daripda sumber-sumber tersebut ditafsirkan untuk menjadi data
kajian.
5.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis
data berdasarkan pemerhatian serta tindak balas responden terhadap soal selidik
yang berkaitan jenis barang yang dibeli secara atas talian oleh warga CKS,Papar
, jenis media yang digunakan oleh warga CKS,Papar untuk membeli barangan secara
atas talian serta faktor-faktor mempengaruhi pembelian barangan secara atas
talian dalam kalangan warga CKS,Papar. Borang pemerhatian selepas pemerhatian
dilakukan di lokasi kajian. Persampelan responden yang terdiri daripada pembeli
barangan secara atas talian diambil secara rawak. Pemilihan responden secara
rawak dapat mewujudkan variasi pendapat pembeli yang berlainan latar belakang.
5.1 Hasil Pemerhatian
Hasil pemerhatian ditunjukkan dalam
Jadual 4.
Jadual
4 : Hasil Pemerhatian
Perkara
yang Diperhatikan
|
Hasil
Pemerhatian
|
Masa yang diambil untuk membuat
tempahan
|
Dalam masa tidak kurang daripada 5
minit
|
Proses pembayaran
|
Hanya menggunakan khidmat “bank in”
di bank berdekatan
|
Proses mendapatkan barangan
|
Penghantaran melalui khidmat pos
laju
|
Sumber : kajian
lapangan 2017
Pemerhatian dijalankan di Pasar raya CKS,Papar
pada 13 Mac. Aspek-aspek yang diperhatikan ialah masa yang diambil untuk
membuat tempahan, proses pembayaran dan proses mendapatkan barangan. Dari segi
masa, masa yang diambil untuk membuat tempahan adalah tidak kurang daripada 5
minit. Dari segi proses pembayaran pula, mereka hanya menggunakan khidmat “bank
in’ di bank yang berdekatan. Penghantaran melalui khidmat pos laju pula
merupakan proses untuk mendapatkan barangan.
5.2 Demografi responden
Jadual 5 menunjukkan
maklumat tentang kesemua responden yang telah dipilih dalam kalangan warga
CKS,Papar dari aspek jantina, umur, status, agama, bangsa dan jawatan dalam
pekerjaaan mereka.
Bil
|
Aspek
|
Kategori
|
Bilangan
|
Peratus
|
1
|
Jantina
|
Lelaki
|
2
|
20%
|
Perempuan
|
8
|
80%
|
||
2
|
Umur
(tahun)
|
17-20
|
2
|
20%
|
21-29
|
7
|
70%
|
||
30-40
|
1
|
10%
|
||
3
|
Status
|
Bujang
|
9
|
90%
|
Berkahwin
|
1
|
10%
|
||
4
|
Jawatan
|
Juruwang
|
6
|
60%
|
Pengawal
keselamatan
|
2
|
20%
|
||
Kerani
|
1
|
10%
|
||
Pembantu
Pemasaran
|
1
|
10%
|
Jadual 5 : Demografi Responden
Sumber : Kajian Lapangan 2017
Carta
1 : peratusan jantina responden
Sumber
: Kajian Lapangan 2017
Dapatan kajian menunjukkan
peratusan jantina responden yang dikaji iaitu lelaki dan perempuan. Berdasarkan
carta tersebut, 20 peratus responden yang disoal selidik adalah dalam kalangan
lelaki iaitu seramai 2 orang. Selebihnya sebanyak 80 peratus daripada 10 orang
ialah daripada jantina perempuan iaitu seramai 8 orang. Carta 1 telah
menunjukkan maklumat yang lebih jelas bahawa terdapat perbezaan jurang dalam
pemilihan jantina oleh pengkaji. Hal ini demikian kerana pemilihan jantina yang
rawak amat diperlukan untuk mengenal pasti hasil kajian yang diperolehi ini
adalah tidak bias terhadap satu jantina sahaja. Carta 1 menunjukkan bilangan
jantina perempuan lebih ramai daripada bilangan lelaki dalam kajian ini kerana
golongan perempuan dalam warga CKS, Papar lebih gemar membeli barangan secara
atas talian serta pekerja CKS, Papar juga mempunyai ramai pekerja perempuan
berbanding pekerja lelaki.
Carta
2 : peratusan mengikut umur responden
Sumber
: Kajian Lapangan 2017
Daripada carta 2 di atas, terdapat 3 golongan umur dalam kalangan 10
orang responden. Golongan umur yang berbeza ini dipilih sebagai responden
adalah untuk mendapat persepsi yang berbeza dalam kajian ini. Responden 21-29
tahun merupakan golongan majoriti dalam kajian ini dengan sebanyak 7 orang
(70%) manakala golongan 17-20 tahun dan 30-40 tahun pula terdapat bilangan
responden yang lebih kurang sama iaitu 2 (20%) dan 1 (10%) orang. Pandangan
golongan belia amat penting kepada pengkaji untuk mengetahui pendapat mereka
tentang pembelian barang secara atas talian. Jelaslah, golongan belia lebih
ramai dalam kajian ini kerana mereka lebih arif dalam membeli barangan secara
atas talian.
Carta
3 : peratusan status responden
Sumber
: Kajian Lapangan 2017
Carta 3 merupakan carta peratusan
status responden. 90 peratus bersamaan dengan 9 orang responden yang dikaji
adalah berstatus bujang manakala 10 peratus daripada 10 orang responden adalah
sudah berkahwin. Hal ini bermakna kebanyakan orang bujang lebih kerap dan gemar
membeli barangan secara atas talian kerana mempunyai banyak lebihan masa lapang
berbanding orang yang sudah berkahwin.
Carta
6 : peratusan jawatan pekerjaan responden
Sumber
: Kajian Lapangan 2017
Jawatan pekerjaan responden yang
dipilih dari pasar raya CKS,Papar telah dianalisiskan dalam carta 6. Carta 6
telah menunjukkan kebanyakkan responden daripada 10 responden ini berjawatan
sebagai juruwang di pasar raya CKS,Papar iaitu 6 orang (60%) manakala terdapat
bilangan responden yang sama iaitu 1
orang (10%) dalam jawatan sebagai kerani dan sale assistant. Selain itu, baki
responden yang ada pula ialah berjawatan sebagai pengawal keselamatan dengan
peratusan sebanyak 20% iaitu 2 orang. Jawatan pekerjaan yang berbeza telah
mencerminkan berbagai-bagai status golongan responden dan aspek ini penting
untuk mendapat pandangan yang berbeza dalam kajian ini. Jawatan juruwang
mempunyai hasil dapatan yang tinggi kerana golongan juruwang di CKS,Papar
merupakan golongan yang sememangnya gemar membeli barangan secara atas talian.
5.3 Mengenal pasti jenis barang yang
dibeli secara atas talian oleh warga CKS,Papar
Bahagian ini akan
menganalisis jenis barang yang dibeli secara atas talian oleh warga CKS, Papar
sebanyak 10 orang responden. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis barang
yang kerap dibeli oleh warga CKS, Papar.
Bil
|
Jenis barangan
|
Ya
|
Tidak
|
Jumlah
|
||
Bilangan
|
Peratus
(%)
|
Bilangan
|
Peratus
(%)
|
|||
1
|
Kosmetik
|
8
|
80
|
2
|
20
|
10
|
2
|
Barang dapur
|
2
|
20
|
8
|
80
|
10
|
3
|
Pakaian
|
2
|
20
|
8
|
80
|
10
|
4
|
Gadjet
|
1
|
10
|
9
|
90
|
10
|
5
|
Aksesori
|
7
|
70
|
3
|
30
|
10
|
Jadual 6 : Jenis
Barang Dan Peratusan Jenis Barang Yang Kerap Dibeli Oleh Responden
Sumber : kajian
lapangan 2017
Rajah 1 : Jenis-jenis
Barangan yang Dibeli Secara Atas Talian oleh Warga CKS,Papar
Sumber
: Kajian Lapangan 2017
Berdasarkan
rajah 1, sebanyak 8 orang (80%) responden telah mengatakan “Ya” untuk barang
kosmetik dalam membeli secara atas talian. Seramai 2 orang responden bersamaan
dengan 20% responden mengatakan “Tidak” untuk barang kosmetik dalam membeli
secara atas talian. Hal ini menunjukkan kebanyakan responden lebih gemar
membeli barangan komestik kerana barang ini sangat berlambakan dijual secara
atas talian. Barangan kosmetik juga merupakan barangan yang tengah popular pada
masa ini.
Bagi
barang dapur pula, hanya seramai 2 orang bersamaan dengan 20 peratus memilih
membeli barangan dapur secara atas talian manakala baki responden yang lain
iaitu 8 orang (80%) daripada 10 orang responden tidak minat membeli barangan
dapur secara atas talian. Pada pendapat pengkaji, barangan dapur tidak begitu
diminati untuk dibeli oleh responden kerana barang tersebut agak mahal dan
sukar untuk menuntut jaminan keselamatan barangan jikalau barang tersebut
rosak.
Di samping itu, jenis barang seperti pakaian
juga mempunyai dapatan yang sama iaitu seramai 2 orang (20%) mengatakan “Ya”
dalam membeli pakaian secara atas talian. 8 orang responden bersaman 80 peratus
mengatakan ‘Tidak” dalam membeli pakaian secara atas talian. Andaian pengkaji
ialah hal ini sedemikian kerana pakaian yang akan dibeli ditakuti tidak sesuai
dengan saiz badan pembeli serta tidak sama seperti yang ditayangkan di iklan.
Selain itu, hanya 1 orang responden sahaja
daripada 10 orang responden yang memilih “Ya” dalam membeli gadjet secara atas
talian. 90 peratus bersamaan dengan 9 orang responden memilih jawapan ‘Tidak” dalam
membeli gadjet secara atas talian. Pengkaji berpendapat rasional majoriti responden
tidak gemar membeli gadjet secara atas talian kerana mungkin dikhuatiri akan
cepat rosak, barangan tidak asli iaitu palsu dan kos utuk membeli gadjet secara
atas talian adalah lebih tinggi berbanding barangan yang lain.
Akhir sekali, 60 peratus daripada 10 orang
responden mengatakan “Ya” dalam membeli aksesori secara atas talian manakala 4
orang responden mewakili 40 peratus mengatakan “Tidak” dalam membeli barang
aksesori secara atas talian. Pada pendapat pengkaji, terdapat lebih banyak
aksesori yang menarik dan unik di atas talian berbanding jualan langsung menyebabkan
responden gemar membeli barangan aksesori.
5.4 Mengenal pasti media yang
digunakan oleh warga CKS,Papar untuk membeli barangan secara atas talian
Bahagian ini akan
menganalisis jenis media yang digunakan oleh warga CKS,Papar untuk membeli
barangan secara atas talian sebanyak 10 orang responden. Jadual di bawah
menunjukkan jenis-jenis media yang kerap digunakan oleh warga CKS,Papar.
Bil
|
Jenis media
|
Ya
|
Tidak
|
Jumlah
|
||
Bilangan
|
Peratus
(%)
|
Bilangan
|
Peratus
(%)
|
|||
1
|
Facebook
|
9
|
90
|
1
|
10
|
10
|
2
|
Wechat
|
6
|
60
|
4
|
40
|
10
|
3
|
Instagram
|
2
|
20
|
8
|
80
|
10
|
4
|
Shopee MY
|
1
|
10
|
9
|
90
|
10
|
5
|
Blog
|
1
|
10
|
7
|
70
|
10
|
Jadual 7 : Jenis Media
Dan Peratusan Jenis Media Yang Digunakan Oleh Warga CKS,Papar Untuk Membeli
barangan Secara Atas Talian
Sumber : kajian
lapangan 2017
Rajah
2 : Jenis-Jenis Media Sosial yang Digunakan oleh Warga CKS,Papar untuk Membeli
Secara Atas Talian
Sumber
: Kajian Lapangan 2017
Berdasarkan rajah 2, terdapat bilangan orang
responden yang tinggi dalam kategori “Ya” untuk media Facebook iaitu 90 peratus bersamaan dengan 9 orang. Bagi jawapan
‘Tidak” pula, hanya terdapat 1 orang yang memberi jawapan “Tidak” menggunakan
media seperti Facebook untuk membeli
barangan secara atas talian. Pengkaji berpendapat bahawa Facebook merupakan media yang menjadi pilihan hati responden kerana
media ini memang sudah terkenal sejak dahulu lagi mendahului media sosial yang
lain dan sering digunakan oleh pembeli sebagai perantaraan dalam membeli secara
atas talian kerana lebih dipercayai.
Di samping itu, bagi media Wechat, 60 peratus daripada 10 orang
responden memilih jawapan “Ya” dalam menggunakan Wechat untuk membeli secara atas talian. Sebanyak 4 orang responden
bersamaan dengan 40 peratus mengatakan “Tidak” untuk menggunakan media Wechat dalam membeli secara atas talian.
Pengkaji berpendapat bahawa media Wechat
digunakan oleh ramai responden kerana media ini mudah menambah rakan yang
menjual barangan secara atas talian dalam media tersebut hanya dengan
mengetahui ID Wechat mereka.
Seterusnya, 20 peratus bersamaan dengan 2
orang responden memilih menggunakan
Instagram dalam membeli secara atas talian. 8 orang responden (80%)
daripada 10 orang responden pula memilih “Tidak” untuk menggunakan Instagram dalam membeli secara atas
talian. Instagram kurang digunakan oleh responden mungkin disebabkan cara
penggunaan media ini kurang difahami oleh responden.
Sebanyak 10 peratus daripada orang responden
memilih menggunakan Shopee MY dalam
membeli barangan secara atas talian manakala selebihnya sebanyak 90 peratus
orang responden tidak memilih menggunakan Shopee
MY sebagai media untuk membeli barang secara atas talian. Media ini jarang
digunakan oleh responden kerana media ini masih baru bagi mereka dan amat sukar
untuk melakukan proses pembelian.
Akhir sekali, blog juga mempunyai hasil
dapatan yang sama seperti Shoppe MY, sebanyak 10 peratus daripada 10 orang
responden memilih jawapan “Ya” dalam menggunakan blog sebagai media untuk
membeli secara atas talian. 90 peratus bersamaaan dengan 9 orang responden pula
mengatakan “Tidak” untuk blog sebagai media untuk membeli barangan secara atas
talian. Blog juga jarang digunakan kerana pilihan barangan yang dipaparkan
tidak begitu tersusun dan tidak menarik.
5.5 Mengkaji faktor-faktor
mempengaruhi pembelian secara atas talian dalam kalangan warga CKS,Papar
Bahagian
ini akan menjelaskan faktor-faktor mempengaruhi pembelian secara atas dilakuan
dalam kalangan warga CKS,Papar. Jadual dibawah melihatkan hasil dapatan kajian
melalui borAng selidik terhadap 10 orang responden.
Bil
|
Faktor
mempengaruhi pembelian secara atas talian
|
Kurang
setuju
|
Setuju
|
Sangat
Setuju
|
Jumlah
|
|||
Bilangan
|
Peratus
(%)
|
Bilangan
|
Peratus
(%)
|
Bilangan
|
Peratus
(%)
|
|||
1
|
Membeli secara online kerana harganya murah
|
7
|
70%
|
3
|
30%
|
0
|
0%
|
10
|
2
|
Menjimatkan waktu membeli-belah ( boleh dilakukan
pada bila-bila masa)
|
7
|
70%
|
3
|
30%
|
0
|
0%
|
10
|
3
|
Mempunyai banyak variasi pilihan produk
kepada pembeli
|
2
|
20%
|
8
|
80%
|
0
|
0%
|
10
|
4
|
Kualiti produk yang diterima sama seperti
yang dijanjikan
|
4
|
40%
|
6
|
60%
|
0
|
0%
|
10
|
5
|
Produk yang ditempah secara online diterima
pada masa yang ditepatkan
|
7
|
70%
|
2
|
20%
|
1
|
10%
|
10
|
6
|
Terpengaruh dengan pengalaman rakan-rakan
|
4
|
40%
|
3
|
30%
|
3
|
30%
|
10
|
Jadual 8 : Jenis-jenis
faktor dan peratusan faktor-faktor mempengaruhi pembelian secara atas talian
dalam kalangan warga CKS,Papar
Sumber : kajian
lapangan 2017
Rajah
3 : Faktor pembelian secara atas talian oleh warga CKS,Papar : Harga Murah
Data menunjukkan pembelian secara atas
talian adalah disebabkan oleh faktor harga murah. Responden yang memilih jawapan
setuju adalah sebanyak 30 peratus bersamaan dengan 3 orang responden daripada
10 orang responden. Manakala sebahagian besar responden memilih kurang setuju
bahawa membeli barangan secara atas talian kerana harganya murah iaitu seramai
7 orang responden yang memilih jawapan kurang setuju bersamaan dengan 70
peratus. Tiada responden bagi jawapan sangat setuju. Ramai responden kurang
setuju dengan penyataan ini mungkin disebabkan barangan yang mereka cari dan
beli secara atas talian tidaklah begitu murah bagi mereka tetapi mereka tetap
membeli dek menginginkan juga barangan tersebut.
Daripada hasil temu bual bersama dengan
seorang informan, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa harga untuk barangan
yang ditawarkan secara atas talian adalah amat murah sehingga menyebabkan
informan sering membeli barangan secara atas talian.
Rajah
4 : Faktor pembelian secara atas talian dilakukan oleh warga CKS,Papar :
Menjimatkan waktu membeli-belah
Data menunjukkan faktor pembelian secara
atas talian yang seterusnya adalah disebabkan dapat menjimatkan waktu
membeli-belah. Kebanyakan responden memilih kurang setuju iaitu sebanyak 70
peratus bersamaan dengan 7 orang responden.
Manakala sebahagian kecil yang lain memilih setuju dengan penyataan
bahawa membeli secara atas talian dapat menjimatkan waktu membeli-belah mereka
dengan 20 peratus bersamaan dengan 2 orang responden. Jawapan sangat setuju
bagi faktor ini juga mempunyai data sifar responden.
Pada pendapat pengkaji, pembelian secara
atas talian memang dapat menjimatkan waktu membeli-belah seseorang namun dalam
masa yang sama membeli secara atas talian juga tidak semestinya dapat
menjimatkan waktu membeli-belah seseorang. Hal ini disokong dengan temubual
yang dilakukan terhadap informan seperti di bawah:
“Saya
memang dapat memnjimatkan waktu membeli-belah saya dengan membeli secara atas
talian namun tidak semua barang yang saya inginkan ada dijual di atas talian,
maka saya terpaksa juga untuk keluar rumah untuk membeli barangan tertentu”
Rajah
5 : Faktor pembelian secara atas talian dilakukan oleh warga CKS,Papar : Banyak
Variasi Pilihan Produk
Rajah 5 menunjukkan
faktor banyak variasi pilihan produk berbanding produk yang dijual secara
langsung merupakan faktor warga CKS,Papar membeli barang secara atas talian. Hanya
seramai 2 orang responden bersamaan dengan 20 peratus memberikan jawapan kurang
setuju ke atas faktor banyak variasi pilihan produk jika membeli barangan
secara atas talian. Sebahagian besar lainnya iaitu sebanyak 80 peratus bersamaan
dengan 8 orang responden memilih jawapan setuju dengan penyataan bahawa
terdapat banyak variasi pilihan produk di dalam pembelian secara atas talian.
Bagi jawapan sangat setuju pula, data tidak dapat diperoleh kerana tiada
responden yang memilih jawapan ini.
Pengkaji berpendapat ramai responden
bersetuju dengan banyak variasi pilihan produk sebagai faktor mereka membeli
secara atas talian kerana memang terdapat pelbagai jenis produk dipasarkan di
atas talian. Hasil temu bual bersama informen juga, pengkaji mengetahui bahawa
informan hanya perlu menaip nama barangan yang diingini dan hanya perlu memilih
barangan apa yang ingin dibeli.
Rajah
6 : Faktor pembelian secara atas talian dilakukan oleh warga CKS,Papar :
Kualiti Produk Seperti Yang Dijanjikan
Berdasarkan
rajah 6, faktor pembelian secara atas talian yang seterusnya ialah kualiti
produk seperti yang dijanjikan. Seramai 4 orang responden bersamaan dengan 40
peratus memilih kurang setuju dengan penyataan ini. Manakala sebanyak 60
peratus bersamaan dengan 6 orang responden memilih jawapan setuju bagi faktor
ini. Jawapan sangat setuju pula tiada responden. Majoriti warga CKS, Papar
memilih jawapan setuju kerana mereka sering mendapatkan barang yang berkualiti
seperti yang dijanjikan di atas talian setelah mereka membeli barangan tersebut.
Hasil temu bual bersama informen juga menunjukkan informen tidak pernah hampa
dengan kualiti barangan yang diterima apabila sampai ke tangan beliau.
Rajah
7 : faktor pembelian secara atas talian dilakukan oleh warga CKS,Papar : Barang
Sampai Tetap Pada Waktunya
Rajah 7 menunjukkan hasil dapatan
yang diperoleh bagi faktor barang sampai tetap pada waktunya. Terdapat bilangan
orang responden yang tinggi dalam kategori kurang setuju dalam faktor pembelian
secara atas talian yang dilakukan oleh warga CKS,Papar adalah disebabkan barang
sampai tetap pada waktunya iaitu sebanyak 7 orang responden bersamaan dengan 70
peratus daripada 10 orang responden. Justeru, terdapat 2 orang responden iaitu
20 peratus memilih dalam kategori jawapan setuju dan baki selebihnya sebnayak 1
orang responden iaitu 10 peratus berpendapat sangat setuju dengan penyataan
ini.
Pada pendapat pengkaji,
kebanyakan responden memilih jawapan kurang setuju kerana penghantaran barang
yang dilakukan oleh perkhidmatan pos laju mempunyai kelebihan dan kekurangan
masing-masing. Perkhidmatan pos laju perlu menghantar banyak barang kepada si
penerima dan kadangkala perkhidmatan ini mempunyai keralatan dalam sistem
penghantaran mereka. Sesetengah penjual barangan secara atas talian juga ada
yang menunggu tempahan yang banyak barulah mereka akan mengirimkan barang
tersebut kepada si pelanggan.
Rajah
8 : Faktor pembelian secara atas talian dilakukan oleh warga CKS,Papar :
Terpengaruh Dengan Pengalaman Rakan-Rakan
Berdasarkan
rajah 8, faktor akhir dalam pembelian secara atas talian yang dilakukan oleh
warga CKS,Papar adalah disebabkan oleh terpengaruh dengan pengalaman
rakan-rakan. Terdapat 40 peratus bersamaan dengan 4 orang responden memilih
jawapan dalam kategori kurang setuju dalam penyataan ini. 30 peratus lagi
bersamaan dengan 3 orang responden memilih jawapan setuju. Perkara yang sama
juga berlaku kepada jawapan sangat
setuju iaitu sebanyak 3 orang responden bersamaan dengan 30 peratus memilihi
kategori jawapan ini.
Andaian yang boleh dibuat oleh
pengkaji ialah ramai respoden membeli barangan secara atas talian kerana
terpengaruh dengan pengalaman rakan-rakan. Hal ini kerana rakan-rakan sering
bercerita pengalaman mereka semasa membeli barangan secara atas talian, secara
tidak langsung, hal ini menarik minat responden untuk mencuba membeli barangan
secara atas talian.
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Bahagian ini merumuskan hasil
dapatan kajian yang dilakukan untuk memenuhi tiga objektif kajian.
6.1 Mengenal pasti jenis barang yang
dibeli secara atas talian oleh warga CKS,Papar
Daripada
dapatan kajian, didapati bahawa amalan pembelian secara atas talian ini banyak
diamalkan oleh warga CKS,Papar. Dalam hal ini 10 orang responden yang terlibat menyatakan
bahawa mereka mengerti dengan jelas mengenai konsep pembelian secara atas talian.
Dengan pemahaman terhadap konsep
pembelian secara atas talian ini, warga CKS,Papar sering melakukan urusan
pembelian barangan secara tas talian. Dalam hal ini, terdapat pelbagai jenis
barangan yang menjadi pilihan hati mereka untuk membeli barangan secara atas
talian seperti barangan kosmetik, barang dapur, pakaian, gadjet dan aksesori.
Barangan utama yang kerap
dibeli oleh warga CKS,Papar ialah barangan kosmetik. Hal ini kerana golongan
responden perempuan gemar menjaga kecantikan dan penawaran terhadap barangan
kosmetik amatlah berlambak diiklankan secara atas talian.
Barangan kedua yang menjadi
pilihan warga CKS,Papar ialah barangan aksesori. Barangan aksesori merupakan
barang-barang tambahan dalam kelengkapan diri atau sesuatu benda seperti
kereta, telefon bimbit dan rumah. Responden yang sangat menjaga keunikan dalam
diri sendiri mahupun kebendaan amat gemar membeli barangan sedemikian.
Barangan ketiga pula ialah barang
dapur, responden yang terlibat dalam kajian juga ada yang merupakan orang yang
sudah berkahwin. Bagi responden yang sudah berkahwin, mereka lebih cenderung
membeli barang dapur yang agak menarik perhatian mereka yang ada di atas
talian.
Barangan keempat pula adalah
pakaian. Responden juga membeli pakaian secara atas talian kerana fesyen
pakaian yang ada di atas talian lebih bergaya dan mengikut perkembangan semasa.
Namun, pakaian kurang mendapat pilihan di hati responden kerana berkemungkinan
sukar digantikan kembali jikalau menghadapi keralatan saiz ataupun warna
pakaian.
Barangan terakhir adalah gadjet.
Gadjet mendudukan tempat yang paling rendah dalam kalangan warga CKS, Papar
kerana proses pemilihan gadjet yang berkualiti dan bersesuaian dengan cita rasa
pelanggan amat sukar dilakukan. Responden yang berani menanggung risiko sahaja
berani membeli gadjet secara atas talian.
6.2 Mengenal pasti media sosial yang
digunakan oleh warga CKS,Papar untuk membeli barangan secara atas talian
Warga
CKS,Papar melakukan pembelian secara atas talian dibantu oleh media sosial untuk
mencari dan mendapatkan barangan yang ingin dibeli. Media yang menduduki data
tertinggi yang digunakan oleh warga CKS,Papar adalah media Facebook kerana banyak iklan-iklan penjualan barangan terdapat di
media tersebut. Wechat pula menduduki data kedua tertinggi yang digunakan oleh
warga CKS,Papar kerana mereka semua mempunyai akaun Wechat masing-masing. Seterusnya, media yang digunakan adalah Instagram tetapi tidak begitu mendapat
sambutan dalam kalangan mereka kerana tidak semua mereka faham akan cara penggunaan
media tersebut. Media sosial seperti Shoppe
MY dan blog pula menduduki data yang terendah kerana media ini tidak begitu
dikenali oleh warga CKS,Papar.
6.3 Mengkaji faktor-faktor
mempengaruhi pembelian secara atas talian dalam kalangan warga CKS,Papar
Daripada hasil dapatan kajian,
faktor utama warga CKS,Papar membeli secara atas talian adalah disebabkan oleh
terpengaruh dengan pengalaman rakan-rakan. Pengaruh dari rakan-rakan
sememangnya kuat untuk mendorong seseorang melakukan sesuatu hal terutamanya
dalam pembelian secara atas talian kerana pengalaman ini sangat menyeronokan.
Faktor kedua pula ialah barangan yang dibeli sampai pada masa yang ditetapkan.
Hal ini kerana barang yang mereka beli secara atas talian selalunya tiba pada
masa yang diberitahu menyebabkan mereka tidak berhenti dalam aktiviti pembelian
ini. Warga CKS,Papar juga membeli secara atas talian kerana terdapat banyak
variasi pilihan produk sehingga menjadikan mereka rambang mata dalam membeli.
Kualiti produk sama seperti yang dijanjikan juga merupakan salah satu faktor
mereka membeli secara atas talian. Lebih dari separuh responden menerima
barangan yang dibeli mempunyai kualiti produk yang sama dan terjamin. Bagi
faktor murah pula, kebanyakan mereka kurang setuju kerana tidak semua harga
barangan yang dijual adalah murah. Hal ini kerana harga barangan akan
dicampurkan dengan kos penghantaran sehingga membuatkan harganya sedikit mahal.
Faktor yang lemah dalam pembelian barangan secara atas talian oleh warga
CKS,Papar adalah dapat menjimatkan masa membeli-belah. Ramai responden kurang
bersetuju dengan faktor ini kerana mereka merasakan masa mereka untuk
membeli-belah secara atas talian juga memerlukan masa lama terutamanya dalam
mencari barangan yang benar-benar sesuai bagi mereka.
6.4 Kesimpulan
Kesimpulannya, pembelian secara atas talian
sememangnya amat mudah dan menyenangkan urusan pembelian barangan
masyarakat.Hal ini kerana mereka mampu membeli barangan secara atas talian
mengikut selera dan kemampuan mereka. Barangan yang boleh dibeli pula adalah
terdiri daripada pelbagai-bagai jenis. Pelbagai media juga boleh digunakan
untuk mencari barangan yang mereka mahu. Kajian mendapati bahawa pembelian
secara atas talian memang didorong oleh beberapa faktor yang boleh
dikenalpasti. Justeru, adalah harapan pengkaji hasil kajian ini dapat
memberikan pendedahan yang mendalam kepada orang ramai tentang barang-barang
yang boleh dibeli, media yang sering digunakan serta faktor-faktor pembelian
secara atas talian dilakukan.
RUJUKAN
1. Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2015.
Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn Bhd.
2. Kamus Dewan Edisi Keempat,
2007. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
3. Miliza Ghazali, 2016. Buat Duit Dengan FB & Instagram.
Batu Canves, Selangor : PTS Publishing House Sdn Bhd.
4. Peta
Papar dicapai pada 05 March 2017 dari https://www.google.com.my/maps/place/Papar,+Sabah/@2.9592023,101.7388312,12z/data=!4m5!3m4!1s0x323c97f707a7552b:0x8326ea9d46fec1eb!8m2!3d5.734628!4d115.9318508
5. Peta
Pasaraya CKS, Papar dicapai pada 05 March 2017 dari https://id.foursquare.com/v/cks-supermarket/506faacae4b0c37bba612592/photos
6. Pembelian
secara atas talian diakses pada 27 March dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Feminin/20120531/Beli-belah-dalam-talian-trend-terkini
7. R.
Kuberan et. Al, 2013. Teks Efektif STPM
Pengajian Am (Penggal 2) 900/2.Petaling Jaya: Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd
8. Sabitha
Marican, 2009. Penyelidikan Sosial Sains:
Pendekatan Pragmatik, Batu Caves: Edusystem Sdn Bhd
Minta izin untuk menggunakan ayat dan maklumat dalam ni ya
ReplyDelete