PEMBELIAN BARANGAN SECARA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN WARGA CKS, PAPAR


PEMBELIAN BARANGAN SECARA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN WARGA CKS, PAPAR
                                                           ABSTRAK
            Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis barangan yang dibeli secara atas talian oleh warga CKS, Papar, mengenal pasti media sosial yang digunakan oleh warga CKS, Papar untuk membeli barangan secara atas talian serta mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian barangan secara atas talian oleh warga CKS, Papar. Kajian dilakukan di pasar raya CKS Papar. Kaedah kajian ialah pemerhatian, temu bual, soal selidik serta kajian arkib dilakukan. 10 responden warga CKS yang membeli secara atas talian telah menjadi responden dalam kajian. Informan yang ditemu bual ialah orang yang gemar membeli barangan secara atas talian. Hasil dapatan menunjukkan jenis barangan yang utama yang dibeli secara atas talian ialah barangan kosmetik, aksesori diikuti dengan barang dapur, pakaian dan gadjet. Media sosial yang digunakan untuk membeli barangan secara atas talian ialah Facebook, diikuti dengan Wechat dan Instagram serta Shopee MY dan blog. Antara faktor yang mempengaruhi dalam membeli barangan secara atas talian terhadap warga CKS ialah terpengaruh dengan pengalaman rakan-rakan, barang sampai pada masa yang ditetapkan diikuti dengan banyak variasi pilihan produk, kualiti produk sama seperti yang dijanjikan serta faktor harga murah dan penjimatan waktu membeli-belah.






SENARAI KANDUNGAN
Bil
Butiran
Muka surat

1
Abstrak
1
2
Senarai Kandungan
2
3
Penghargaan
3
4
1.0 Pengenalan
4-5
5
2.0 Objektif Kajian
6
6
3.0 Lokasi Kajian
7-8
7
4.0 Metodologi Kajian
4.1 Reka Bentuk Kajian
4.2 Sampel Kajian
4.3 Instrumen Kajian
4.4 Cara Pengumpulan Data
4.5 Cara Analisis Data
9-12
8
5.0 Dapatan Kajian
5.1 Hasil Pemerhatian
5.2 Demografi Responden
5.3 Mengenalpasti jenis barang yang dibeli secara atas talian oleh warga CKS, Papar.
5.4 Mengenalpasti jenis media sosial yang digunakan oleh warga CKS,Papar untuk membeli barangan secara atas talian
5.5 Mengkaji faktor-faktor mempengaruhi pembelian secara atas talian dalam kalangan warga CKS,Papar
13-33
9
6.0 Rumusan dan Kesimpulan
6.1 Mengenalpasti jenis barang yang dibeli secara atas talian oleh warga CKS, Papar.
6.2 Mengenalpasti jenis media sosial yang digunakan oleh warga CKS,Papar untuk membeli barangan secara atas talian
6.3 Mengkaji faktor-faktor mempengaruhi pembelian secara atas talian dalam kalangan warga CKS,Papar
34-36
10
7.0 Rujukan
37
11
8.0 Lampiran
38-40

PENGHARGAAN
              Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, Encik Isagani  dan Puan Intan yang banyak menyokong serta membantu saya melaksanakan kerja kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 Tahun 2015 yang bertajuk “Pembelian Barangan Atas Talian dalam Kalangan Warga CKS,Papar,Sabah”. Tanpa jasa mereka, mustahillah untuk saya siapkan kerja kursus ini.
              Seterusnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada guru Pengajian Am iaitu Encik Junaidi kerana beliau telah banyak member tunuk ajar dan panduan serta memastikan saya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.
              Di samping itu, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan pihak-pihak lain yang telah menyumbangkan masa dan tenaga untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Sumbangan pihak-pihak ini amatlah kritikal kepada kejayaan saya dalam tugasan ini.
              Pelbagai cabaran dan rintangan telah saya hadapi dalam proses melaksanakan tugasan ini. Walau bagaimanapun, dengan bantuan dan sokongan pelbagai pihak ini,kerja kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 Tahun 2017 dapat saya siapkan dengan jayanya.

Yang benar,

______________________
( FITRI NURMUHAJIR )



1.0 PENGENALAN
              Takrif perkataan ‘pembelian’ menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah satu perbuatan atau hal-hal berkaitan membeli. Perkataan ‘barangan’ menurut Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua pula berkaitan ekonomi iaitu benda atau perkhidmatan yang diperjualbelikan. Perkataan ‘atas’ diberi maksud tempat atau paras yang lebih tinggi oleh Kamus Dewan Edisi Keempat. ‘Talian’ pula ditakrif sebagai wayar yang menjalinkan atau menghubungkan alat eletrik; hubungan telefon menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua. Definisi dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua untuk perkataan ‘kalangan’ ialah kelompok orang atau kelompok bangsa tertentu; golongan; lingkungan. Perkataan ‘warga’ merujuk ahli sesuatu keluarga, syarikat dan lain-lain.
               Maka, maksud tajuk kerja kursus ini boleh difahami sebagai pembelian barangan dengan cara perhubungan yang tak nampak dalam sekelompok orang di pasar raya CKS, Papar.
               Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk di daerah Papar, kaedah pembelian secara atas talian kini semakin mendapat tempat di hati pengguna. Sejak kebelakangan ini, pembelian secara atas talian sudah menjadi trend dan semakin berkembang di negara kita. Kebanyakan rakyat Malaysia menjadikan pembelian secara atas talian sebagai alternatif terbaru dalam mencari sesuatu barang atau membeli produk tertentu tanpa perlu keluar rumah. Gajet dan pelbagai alat teknologi yang dicipta tambah memudahkan. Bermula daripada komputer, tablet, dan telefon pintar. Kini teknologi Internet sudah boleh diakses di mana jua dan pada bila-bila masa.
              Pembelian secara atas talian juga dipilih sebagai langkah mudah untuk berbelanja kerana untuk mendapatkan barang keperluan kita tidak perlu beratur panjang di kaunter. Pembelian secara atas talian merupakan satu trend masyarakat masa kini semenjak penggunaan internet meningkat dalam tempoh 10 tahun yang lepas. Di negara maju, pembelian melalui internet sudah lama diamalkan dan trend ini semakin rancak berkembang dalam kalangan masyarakat tempatan. Pembelian secara atas talian juga telah membuka peluang kepada pembeli untuk mendapat barangan yang tidak dijual di negara ini secara eksklusif, bahkan membolehkan pengguna memiliki barangan edisi terhad serta mendapatkannya dengan harga yang lebih murah. Selain itu, pembeli juga boleh melihat barangan yang ingin dibeli, membuat perbandingan dari segi harga, kualiti dan jenama sebelum membuat tempahan.
              Fokus kajian ini adalah terhadap aktiviti pembelian barangan secara atas talian dalam kalangan warga CKS, Papar dalam aspek khususnya jenis barangan yang dibeli, media yang sering digunakan dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian barangan secara atas talian.
              Rasional kajian ini adalah warga CKS, Papar dilihat semakin gemar membeli barangan secara atas talian. Mereka sering berkongsi cerita mengenai barangan yang dibeli oleh mereka secara atas talian ketika waktu rehat bekerja di sebuah warung makan yang berdekatan dengan tempat bekerja mereka. Hal ini telah menarik minat pengkaji untuk membuat kajian ini. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis barang yang dibeli secara atas talian oleh warga pasar raya CKS Papar, mengenal pasti media yang digunakan untuk membeli dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
  Objektif kajian dibentuk adalah untuk mendapat tujuan dapatan dan hasil kajian. Masalah yang kita menjangkakan akan dihadapi dan dibentuk melalui rangka kerja teoritikal atau konseptual maka secara tidak langsung. Kita dapat membentuk objektif kajian supaya kajian mampu dicapai dan diukur.

Terdapat tiga objektif yang ditetapkan untuk kajian ini iaitu:
1.      Mengenal pasti jenis barang yang dibeli secara atas talian oleh warga CKS,Papar
2.      Mengenal pasti media sosial yang digunakan oleh warga CKS,Papar untuk membeli barangan secara atas talian
3.      Mengkaji faktor-faktor mempengaruhi pembelian secara atas talian dalam kalangan warga CKS,Papar


3.0 LOKASI KAJIAN
Peta 1 : Pekan Papar
Sumber : Google Maps
              Pekan Papar merupakan sebuah daerah yang sedang membangun untuk menjadi sebuah bandar di Sabah. Papar terletak di Bahagian Pantai Barat , Sabah. Papar juga merupakan destinasi persinggahan utama di antara Putatan dan Kota Kinabalu di utara dan Membakut dan Beaufort di selatan. Daerah Papar mempunyai beberapa buah pekan kecil seperti Lok Kawi, Kinarut di sebelah utara, manakala Kimanis dan Bongwan pula di sebelah selatan. Populasinya pula sehigga tahun 2010 adalah dianggarkan sebanyak 130 000 orang dan terbahagi kepada beberapa suku kaum bumiputera yang lain. Terdapat juga sebilangan kaum Cina yang majoritinya etnik Hakka, dan juga kaum India dan sekelompok kecil kaum Pakistan.
Peta 2 : Lokasi Pasar Raya CKS, Papar 2017
Sumber : Carian Google
              Pasar raya yang menjadi fokus kajian ini ialah Pasar Raya CKS, Papar yang terletak ditengah-tengah pekan Papar. Warga CKS ini mempunyai kecenderungan untuk membeli barangan secara atas talian.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
              Bahagian ini membincangkan reka bentuk, persampelan, instrumen kajian dan cara analisis data.
  Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem  yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Antara perkara penting yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah cara mendapatkan responden, cara mendapatkan maklumat dan data responden serta teknik memproses dan mempersembahkan data.
4.1 Reka Bentuk Kajian
              Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ialah kaedah mengumpul maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih daripada populasi yang hendak dikaji (Sabhita Marican, 2009). Dalam kajian ini, persepsi warga CKS, Papar terhadap pembelian secara atas talian menjadi fokus kajian.
4.2 Sampel Kajian
              Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak yang menglibatkan 10 orang responden yang membeli barangan secara atas talian dalam kalangan warga CKS, Papar, Sabah. Bilangan sampel yang diambil adalah besar untuk mewakili populasi yang dikaji.     
4.3 Instrumen Kajian
              Instrumen ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Instrumen-instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.          
KAEDAH
INSTRUMEN
Kuantitatif
Borang soal selidik
Kualitatif
Pemerhatian dan borang temu bual
Sumber : kajian lapangan 2017
Jadual 1 : kaedah instrumen kajian
4.3.1 Pemerhatian   
              Pemerhatian telah dilakukan dengan lawatan ke lokasi kajian. Dalam proses pemerhatian, gambar-gambar yang relevan telah diambil. Borang pemerhatian disediakan untuk memerhati dan mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong mereka membuat pembelian barangan secara atas talian dalam kalangan warga CKS, Papar.
4.3.2 Soal Selidik
              Prinsip KISS (Keep it short and simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami (R.Kuberan el at.2013) diamalkan dalam pembinaan borang soal selidik untuk kajian ini. Borang soal selidik yang digunakan mengandungi dua bahagian untuk mencapai objektif kajian. Soalan dalam borang soal selidik ini merupakan soalan tertutup menggunakan skala Likert 3 poin.
4.3.3 Temu bual
              Soalan-soalan yang berkaitan dengan pembelian secara atas talian disediakan untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam daripada informan. Temu bual yang dijalankan adalah formal.
4.3.4 Rujukan (Kajian Arkib)
    Kajian arkib ataupun analisis terhadap bahan dokumen merupakan perkara asas dalam menjalankan penyelidikan. Pada peringkat awal kajian, dilakukan rujukan terhadap bahan-bahan bertulis ataupun bercetak yang diterbitkan seperti buku, kamus dan majalah. Sumber-sumber internet juga dirujuk dan diguna pakai dalam kajian ini. Lokasi untuk menjalankan kaedah ini adalah bertempat di Perpustakaan Daerah Papar yang terletak di tengah-tengah pekan Papar.
4.4 Cara Pengumpulan Data
              Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpulkan melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, soal selidik, temu bual dan rujukan (kajian arkib).
4.4.1 Pemerhatian
              Lokasi kajian iaitu pasar raya CKS, Papar dilawat beberapa kali bagi membuat pemerhatian untuk mengumpulan maklumat. Dalam proses pemerhatian, gambar-gambar yang relevan telah diambil untuk dijadikan bukti pengkaji telah datang melawat ke kawasan kajian.  Pemerhatian bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar atau secara langsung ke atas perkara-perkara yang sedang dikaji. Borang pemerhatian di isi untuk dijadikan data.
4.4.2 Soal Selidik
              Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang jenis barang yang dibeli secara atas talian, media yang digunakan untuk membeli barangan secara atas talian dan faktor-faktor yang mempengaruhi untuk membeli barangan secara atas talian. Borang soal selidik diberi kepada pembeli barangan secara atas talian dalam kalangan warga CKS, Papar yang sudi bekerjasama.
4.4.3 Temu Bual
   Kaedah temu bual juga digunakan untuk mengumpulkan data. Informan dipilih bukan secara rawak, tetapi seorang yang lebih berpengalaman dalam membeli barangan secara atas talian telah ditemu bual. Temu bual tersebut berlangsung selama 10 minit. Soalan-soalan telah terlebih dahulu dirangka. Jawapan (lisan) informan kepada soalan-soalan yang diajukan menjadi maklumat untuk kajian ini. Jawapan kepada soalan daripada informan diajukan menjadi sumber untuk mengisi matlumat dalam kajian ini.

4.4.4 Arkib
              Maklumat-maklumat dari bahan rujukan seperti yang telah dinyatakan diatas dianalisis dan jika bersesuaian, akan dijadikan sebagai bahan rujukan dalam membuat kajian ini. Laman-laman web turut diakses untuk mencari maklumat bagi dijadikan sebagai bahan rujukan

4.5 Cara Analisis Data
              Selepas data dikumpulkan melalui kaedah-kaedah tersebut, analisis secara deskriptif telah dijalankan. Analisis secara kuantitif telah dijalankan atas data yang diperolehi melalui soal selidik. Kekerapan, peratusan, min dan rajah yang sesuai telah digunakan dalam analisis ini. Poin yang diberikan untuk skala Likert yang digunakan dalam borang soal selidik adalah seperti yang berikut :
YA
A
TIDAK
B
Jadual 2
        SKALA LIKERT
POIN
Kurang Setuju
KS
Setuju
S
Sangat Setuju
SS
Jadual 3
              Di samping itu, analisis secara kualitatif pula dijalankan atas data yang diperoleh melalui pemerhatian, temu bual serta rujukan. Maklumat daripda sumber-sumber tersebut ditafsirkan untuk menjadi data kajian.
5.0 DAPATAN KAJIAN
              Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan pemerhatian serta tindak balas responden terhadap soal selidik yang berkaitan jenis barang yang dibeli secara atas talian oleh warga CKS,Papar , jenis media yang digunakan oleh warga CKS,Papar untuk membeli barangan secara atas talian serta faktor-faktor mempengaruhi pembelian barangan secara atas talian dalam kalangan warga CKS,Papar. Borang pemerhatian selepas pemerhatian dilakukan di lokasi kajian. Persampelan responden yang terdiri daripada pembeli barangan secara atas talian diambil secara rawak. Pemilihan responden secara rawak dapat mewujudkan variasi pendapat pembeli yang berlainan latar belakang.

5.1 Hasil Pemerhatian
           Hasil pemerhatian ditunjukkan dalam Jadual 4.
Jadual 4 : Hasil Pemerhatian
Perkara yang Diperhatikan
Hasil Pemerhatian
Masa yang diambil untuk membuat tempahan
Dalam masa tidak kurang daripada 5 minit
Proses pembayaran
Hanya menggunakan khidmat “bank in” di bank berdekatan
Proses mendapatkan barangan
Penghantaran melalui khidmat pos laju
Sumber : kajian lapangan 2017

               Pemerhatian dijalankan di Pasar raya CKS,Papar pada 13 Mac. Aspek-aspek yang diperhatikan ialah masa yang diambil untuk membuat tempahan, proses pembayaran dan proses mendapatkan barangan. Dari segi masa, masa yang diambil untuk membuat tempahan adalah tidak kurang daripada 5 minit. Dari segi proses pembayaran pula, mereka hanya menggunakan khidmat “bank in’ di bank yang berdekatan. Penghantaran melalui khidmat pos laju pula merupakan proses untuk mendapatkan barangan.
5.2 Demografi responden
              Jadual 5 menunjukkan maklumat tentang kesemua responden yang telah dipilih dalam kalangan warga CKS,Papar dari aspek jantina, umur, status, agama, bangsa dan jawatan dalam pekerjaaan mereka.

Bil
Aspek
Kategori
Bilangan
Peratus
1

Jantina

Lelaki
2
20%
Perempuan
8
80%
2

Umur
(tahun)


17-20
2
20%
21-29
7
70%
30-40
1
10%
3

Status

Bujang
9
90%
Berkahwin
1
10%
4


Jawatan

Juruwang
6
60%
Pengawal keselamatan
2
20%
Kerani
1
10%
Pembantu Pemasaran
1
10%
Jadual 5 : Demografi Responden
Sumber : Kajian Lapangan 2017

Carta 1 : peratusan jantina responden
Sumber : Kajian Lapangan 2017
              Dapatan kajian menunjukkan peratusan jantina responden yang dikaji iaitu lelaki dan perempuan. Berdasarkan carta tersebut, 20 peratus responden yang disoal selidik adalah dalam kalangan lelaki iaitu seramai 2 orang. Selebihnya sebanyak 80 peratus daripada 10 orang ialah daripada jantina perempuan iaitu seramai 8 orang. Carta 1 telah menunjukkan maklumat yang lebih jelas bahawa terdapat perbezaan jurang dalam pemilihan jantina oleh pengkaji. Hal ini demikian kerana pemilihan jantina yang rawak amat diperlukan untuk mengenal pasti hasil kajian yang diperolehi ini adalah tidak bias terhadap satu jantina sahaja. Carta 1 menunjukkan bilangan jantina perempuan lebih ramai daripada bilangan lelaki dalam kajian ini kerana golongan perempuan dalam warga CKS, Papar lebih gemar membeli barangan secara atas talian serta pekerja CKS, Papar juga mempunyai ramai pekerja perempuan berbanding pekerja lelaki.


Carta 2 : peratusan mengikut umur responden
Sumber : Kajian Lapangan 2017
              Daripada carta 2 di atas, terdapat 3 golongan umur dalam kalangan 10 orang responden. Golongan umur yang berbeza ini dipilih sebagai responden adalah untuk mendapat persepsi yang berbeza dalam kajian ini. Responden 21-29 tahun merupakan golongan majoriti dalam kajian ini dengan sebanyak 7 orang (70%) manakala golongan 17-20 tahun dan 30-40 tahun pula terdapat bilangan responden yang lebih kurang sama iaitu 2 (20%) dan 1 (10%) orang. Pandangan golongan belia amat penting kepada pengkaji untuk mengetahui pendapat mereka tentang pembelian barang secara atas talian. Jelaslah, golongan belia lebih ramai dalam kajian ini kerana mereka lebih arif dalam membeli barangan secara atas talian.



Carta 3 : peratusan status responden
Sumber : Kajian Lapangan 2017
              Carta 3 merupakan carta peratusan status responden. 90 peratus bersamaan dengan 9 orang responden yang dikaji adalah berstatus bujang manakala 10 peratus daripada 10 orang responden adalah sudah berkahwin. Hal ini bermakna kebanyakan orang bujang lebih kerap dan gemar membeli barangan secara atas talian kerana mempunyai banyak lebihan masa lapang berbanding orang yang sudah berkahwin.

Carta 6 : peratusan jawatan pekerjaan responden
Sumber : Kajian Lapangan 2017
               Jawatan pekerjaan responden yang dipilih dari pasar raya CKS,Papar telah dianalisiskan dalam carta 6. Carta 6 telah menunjukkan kebanyakkan responden daripada 10 responden ini berjawatan sebagai juruwang di pasar raya CKS,Papar iaitu 6 orang (60%) manakala terdapat bilangan responden yang sama iaitu  1 orang (10%) dalam jawatan sebagai kerani dan sale assistant. Selain itu, baki responden yang ada pula ialah berjawatan sebagai pengawal keselamatan dengan peratusan sebanyak 20% iaitu 2 orang. Jawatan pekerjaan yang berbeza telah mencerminkan berbagai-bagai status golongan responden dan aspek ini penting untuk mendapat pandangan yang berbeza dalam kajian ini. Jawatan juruwang mempunyai hasil dapatan yang tinggi kerana golongan juruwang di CKS,Papar merupakan golongan yang sememangnya gemar membeli barangan secara atas talian.




5.3 Mengenal pasti jenis barang yang dibeli secara atas talian oleh warga CKS,Papar
              Bahagian ini akan menganalisis jenis barang yang dibeli secara atas talian oleh warga CKS, Papar sebanyak 10 orang responden. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis barang yang kerap dibeli oleh warga CKS, Papar.

Bil
Jenis barangan
Ya
Tidak
Jumlah
Bilangan
Peratus (%)
Bilangan
Peratus (%)
1
Kosmetik
8
80
2
20
10
2
Barang dapur
2
20
8
80
10
3
Pakaian
2
20
8
80
10
4
Gadjet
1
10
9
90
10
5
Aksesori
7
70
3
30
10

Jadual 6 : Jenis Barang Dan Peratusan Jenis Barang Yang Kerap Dibeli Oleh Responden
Sumber : kajian lapangan 2017



 Rajah 1 : Jenis-jenis Barangan yang Dibeli Secara Atas Talian oleh Warga CKS,Papar
Sumber : Kajian Lapangan 2017

              Berdasarkan rajah 1, sebanyak 8 orang (80%) responden telah mengatakan “Ya” untuk barang kosmetik dalam membeli secara atas talian. Seramai 2 orang responden bersamaan dengan 20% responden mengatakan “Tidak” untuk barang kosmetik dalam membeli secara atas talian. Hal ini menunjukkan kebanyakan responden lebih gemar membeli barangan komestik kerana barang ini sangat berlambakan dijual secara atas talian. Barangan kosmetik juga merupakan barangan yang tengah popular pada masa ini.
              Bagi barang dapur pula, hanya seramai 2 orang bersamaan dengan 20 peratus memilih membeli barangan dapur secara atas talian manakala baki responden yang lain iaitu 8 orang (80%) daripada 10 orang responden tidak minat membeli barangan dapur secara atas talian. Pada pendapat pengkaji, barangan dapur tidak begitu diminati untuk dibeli oleh responden kerana barang tersebut agak mahal dan sukar untuk menuntut jaminan keselamatan barangan jikalau barang tersebut rosak.
              Di samping itu, jenis barang seperti pakaian juga mempunyai dapatan yang sama iaitu seramai 2 orang (20%) mengatakan “Ya” dalam membeli pakaian secara atas talian. 8 orang responden bersaman 80 peratus mengatakan ‘Tidak” dalam membeli pakaian secara atas talian. Andaian pengkaji ialah hal ini sedemikian kerana pakaian yang akan dibeli ditakuti tidak sesuai dengan saiz badan pembeli serta tidak sama seperti yang ditayangkan di iklan.
              Selain itu, hanya 1 orang responden sahaja daripada 10 orang responden yang memilih “Ya” dalam membeli gadjet secara atas talian. 90 peratus bersamaan dengan 9 orang responden memilih jawapan ‘Tidak” dalam membeli gadjet secara atas talian. Pengkaji berpendapat rasional majoriti responden tidak gemar membeli gadjet secara atas talian kerana mungkin dikhuatiri akan cepat rosak, barangan tidak asli iaitu palsu dan kos utuk membeli gadjet secara atas talian adalah lebih tinggi berbanding barangan yang lain.
               Akhir sekali, 60 peratus daripada 10 orang responden mengatakan “Ya” dalam membeli aksesori secara atas talian manakala 4 orang responden mewakili 40 peratus mengatakan “Tidak” dalam membeli barang aksesori secara atas talian. Pada pendapat pengkaji, terdapat lebih banyak aksesori yang menarik dan unik di atas talian berbanding jualan langsung menyebabkan responden gemar membeli barangan aksesori.
              









5.4 Mengenal pasti media yang digunakan oleh warga CKS,Papar untuk membeli barangan secara atas talian
              Bahagian ini akan menganalisis jenis media yang digunakan oleh warga CKS,Papar untuk membeli barangan secara atas talian sebanyak 10 orang responden. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis media yang kerap digunakan oleh warga CKS,Papar.

Bil
Jenis media
Ya
Tidak
Jumlah
Bilangan
Peratus (%)
Bilangan
Peratus (%)
1
Facebook
9
90
1
10
10
2
Wechat
6
60
4
40
10
3
Instagram
2
20
8
80
10
4
Shopee MY
1
10
9
90
10
5
Blog
1
10
7
70
10

Jadual 7 : Jenis Media Dan Peratusan Jenis Media Yang Digunakan Oleh Warga CKS,Papar Untuk Membeli barangan Secara Atas Talian
Sumber : kajian lapangan 2017


Rajah 2 : Jenis-Jenis Media Sosial yang Digunakan oleh Warga CKS,Papar untuk Membeli Secara Atas Talian
Sumber : Kajian Lapangan 2017
              Berdasarkan rajah 2, terdapat bilangan orang responden yang tinggi dalam kategori “Ya” untuk media Facebook iaitu 90 peratus bersamaan dengan 9 orang. Bagi jawapan ‘Tidak” pula, hanya terdapat 1 orang yang memberi jawapan “Tidak” menggunakan media seperti Facebook untuk membeli barangan secara atas talian. Pengkaji berpendapat bahawa Facebook merupakan media yang menjadi pilihan hati responden kerana media ini memang sudah terkenal sejak dahulu lagi mendahului media sosial yang lain dan sering digunakan oleh pembeli sebagai perantaraan dalam membeli secara atas talian kerana lebih dipercayai.
              Di samping itu, bagi media Wechat, 60 peratus daripada 10 orang responden memilih jawapan “Ya” dalam menggunakan Wechat untuk membeli secara atas talian. Sebanyak 4 orang responden bersamaan dengan 40 peratus mengatakan “Tidak” untuk menggunakan media Wechat dalam membeli secara atas talian. Pengkaji berpendapat bahawa media Wechat digunakan oleh ramai responden kerana media ini mudah menambah rakan yang menjual barangan secara atas talian dalam media tersebut hanya dengan mengetahui ID Wechat mereka.
              Seterusnya, 20 peratus bersamaan dengan 2 orang responden memilih menggunakan Instagram dalam membeli secara atas talian. 8 orang responden (80%) daripada 10 orang responden pula memilih “Tidak” untuk menggunakan Instagram dalam membeli secara atas talian. Instagram kurang digunakan oleh responden mungkin disebabkan cara penggunaan media ini kurang difahami oleh responden.
              Sebanyak 10 peratus daripada orang responden memilih menggunakan Shopee MY dalam membeli barangan secara atas talian manakala selebihnya sebanyak 90 peratus orang responden tidak memilih menggunakan Shopee MY sebagai media untuk membeli barang secara atas talian. Media ini jarang digunakan oleh responden kerana media ini masih baru bagi mereka dan amat sukar untuk melakukan proses pembelian.
              Akhir sekali, blog juga mempunyai hasil dapatan yang sama seperti Shoppe MY, sebanyak 10 peratus daripada 10 orang responden memilih jawapan “Ya” dalam menggunakan blog sebagai media untuk membeli secara atas talian. 90 peratus bersamaaan dengan 9 orang responden pula mengatakan “Tidak” untuk blog sebagai media untuk membeli barangan secara atas talian. Blog juga jarang digunakan kerana pilihan barangan yang dipaparkan tidak begitu tersusun dan tidak menarik.
           









5.5 Mengkaji faktor-faktor mempengaruhi pembelian secara atas talian dalam kalangan warga CKS,Papar
     Bahagian ini akan menjelaskan faktor-faktor mempengaruhi pembelian secara atas dilakuan dalam kalangan warga CKS,Papar. Jadual  dibawah melihatkan hasil dapatan kajian melalui borAng selidik terhadap 10 orang responden.

Bil
Faktor mempengaruhi pembelian secara atas talian
Kurang setuju
Setuju
Sangat Setuju

Jumlah
Bilangan
Peratus (%)

Bilangan
Peratus
(%)
Bilangan
Peratus
(%)
1
Membeli secara online kerana harganya murah
7
70%
3
30%
0
0%
10
2
Menjimatkan waktu membeli-belah ( boleh dilakukan pada bila-bila masa)
7
70%
3
30%
0
0%
10
3
Mempunyai banyak variasi pilihan produk kepada pembeli
2
20%
8
80%
0
0%
10
4
Kualiti produk yang diterima sama seperti yang dijanjikan
4
40%
6
60%
0
0%
10
5
Produk yang ditempah secara online diterima pada masa yang ditepatkan
7
70%
2
20%
1
10%
10
6
Terpengaruh dengan pengalaman rakan-rakan
4
40%
3
30%
3
30%
10

Jadual 8 : Jenis-jenis faktor dan peratusan faktor-faktor mempengaruhi pembelian secara atas talian dalam kalangan warga CKS,Papar
Sumber : kajian lapangan 2017

Rajah 3 : Faktor pembelian secara atas talian oleh warga CKS,Papar : Harga Murah
              Data menunjukkan pembelian secara atas talian adalah disebabkan oleh faktor harga murah. Responden yang memilih jawapan setuju adalah sebanyak 30 peratus bersamaan dengan 3 orang responden daripada 10 orang responden. Manakala sebahagian besar responden memilih kurang setuju bahawa membeli barangan secara atas talian kerana harganya murah iaitu seramai 7 orang responden yang memilih jawapan kurang setuju bersamaan dengan 70 peratus. Tiada responden bagi jawapan sangat setuju. Ramai responden kurang setuju dengan penyataan ini mungkin disebabkan barangan yang mereka cari dan beli secara atas talian tidaklah begitu murah bagi mereka tetapi mereka tetap membeli dek menginginkan juga barangan tersebut.
               Daripada hasil temu bual bersama dengan seorang informan, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa harga untuk barangan yang ditawarkan secara atas talian adalah amat murah sehingga menyebabkan informan sering membeli barangan secara atas talian.

Rajah 4 : Faktor pembelian secara atas talian dilakukan oleh warga CKS,Papar : Menjimatkan waktu membeli-belah
              Data menunjukkan faktor pembelian secara atas talian yang seterusnya adalah disebabkan dapat menjimatkan waktu membeli-belah. Kebanyakan responden memilih kurang setuju iaitu sebanyak 70 peratus bersamaan dengan 7 orang responden.  Manakala sebahagian kecil yang lain memilih setuju dengan penyataan bahawa membeli secara atas talian dapat menjimatkan waktu membeli-belah mereka dengan 20 peratus bersamaan dengan 2 orang responden. Jawapan sangat setuju bagi faktor ini juga mempunyai data sifar responden.
              Pada pendapat pengkaji, pembelian secara atas talian memang dapat menjimatkan waktu membeli-belah seseorang namun dalam masa yang sama membeli secara atas talian juga tidak semestinya dapat menjimatkan waktu membeli-belah seseorang. Hal ini disokong dengan temubual yang dilakukan terhadap informan seperti di bawah:
               Saya memang dapat memnjimatkan waktu membeli-belah saya dengan membeli secara atas talian namun tidak semua barang yang saya inginkan ada dijual di atas talian, maka saya terpaksa juga untuk keluar rumah untuk membeli barangan tertentu”


Rajah 5 : Faktor pembelian secara atas talian dilakukan oleh warga CKS,Papar : Banyak Variasi Pilihan Produk
              Rajah 5 menunjukkan faktor banyak variasi pilihan produk berbanding produk yang dijual secara langsung merupakan faktor warga CKS,Papar membeli barang secara atas talian. Hanya seramai 2 orang responden bersamaan dengan 20 peratus memberikan jawapan kurang setuju ke atas faktor banyak variasi pilihan produk jika membeli barangan secara atas talian. Sebahagian besar lainnya iaitu sebanyak 80 peratus bersamaan dengan 8 orang responden memilih jawapan setuju dengan penyataan bahawa terdapat banyak variasi pilihan produk di dalam pembelian secara atas talian. Bagi jawapan sangat setuju pula, data tidak dapat diperoleh kerana tiada responden yang memilih jawapan ini.
              Pengkaji berpendapat ramai responden bersetuju dengan banyak variasi pilihan produk sebagai faktor mereka membeli secara atas talian kerana memang terdapat pelbagai jenis produk dipasarkan di atas talian. Hasil temu bual bersama informen juga, pengkaji mengetahui bahawa informan hanya perlu menaip nama barangan yang diingini dan hanya perlu memilih barangan apa yang ingin dibeli.

Rajah 6 : Faktor pembelian secara atas talian dilakukan oleh warga CKS,Papar : Kualiti Produk Seperti Yang Dijanjikan
              Berdasarkan rajah 6, faktor pembelian secara atas talian yang seterusnya ialah kualiti produk seperti yang dijanjikan. Seramai 4 orang responden bersamaan dengan 40 peratus memilih kurang setuju dengan penyataan ini. Manakala sebanyak 60 peratus bersamaan dengan 6 orang responden memilih jawapan setuju bagi faktor ini. Jawapan sangat setuju pula tiada responden. Majoriti warga CKS, Papar memilih jawapan setuju kerana mereka sering mendapatkan barang yang berkualiti seperti yang dijanjikan di atas talian setelah mereka membeli barangan tersebut. Hasil temu bual bersama informen juga menunjukkan informen tidak pernah hampa dengan kualiti barangan yang diterima apabila sampai ke tangan beliau.
Rajah 7 : faktor pembelian secara atas talian dilakukan oleh warga CKS,Papar : Barang Sampai Tetap Pada Waktunya
              Rajah 7 menunjukkan hasil dapatan yang diperoleh bagi faktor barang sampai tetap pada waktunya. Terdapat bilangan orang responden yang tinggi dalam kategori kurang setuju dalam faktor pembelian secara atas talian yang dilakukan oleh warga CKS,Papar adalah disebabkan barang sampai tetap pada waktunya iaitu sebanyak 7 orang responden bersamaan dengan 70 peratus daripada 10 orang responden. Justeru, terdapat 2 orang responden iaitu 20 peratus memilih dalam kategori jawapan setuju dan baki selebihnya sebnayak 1 orang responden iaitu 10 peratus berpendapat sangat setuju dengan penyataan ini.
              Pada pendapat pengkaji, kebanyakan responden memilih jawapan kurang setuju kerana penghantaran barang yang dilakukan oleh perkhidmatan pos laju mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Perkhidmatan pos laju perlu menghantar banyak barang kepada si penerima dan kadangkala perkhidmatan ini mempunyai keralatan dalam sistem penghantaran mereka. Sesetengah penjual barangan secara atas talian juga ada yang menunggu tempahan yang banyak barulah mereka akan mengirimkan barang tersebut kepada si pelanggan.
              

Rajah 8 : Faktor pembelian secara atas talian dilakukan oleh warga CKS,Papar : Terpengaruh Dengan Pengalaman Rakan-Rakan
              Berdasarkan rajah 8, faktor akhir dalam pembelian secara atas talian yang dilakukan oleh warga CKS,Papar adalah disebabkan oleh terpengaruh dengan pengalaman rakan-rakan. Terdapat 40 peratus bersamaan dengan 4 orang responden memilih jawapan dalam kategori kurang setuju dalam penyataan ini. 30 peratus lagi bersamaan dengan 3 orang responden memilih jawapan setuju. Perkara yang sama juga berlaku kepada jawapan sangat setuju iaitu sebanyak 3 orang responden bersamaan dengan 30 peratus memilihi kategori jawapan ini.
               Andaian yang boleh dibuat oleh pengkaji ialah ramai respoden membeli barangan secara atas talian kerana terpengaruh dengan pengalaman rakan-rakan. Hal ini kerana rakan-rakan sering bercerita pengalaman mereka semasa membeli barangan secara atas talian, secara tidak langsung, hal ini menarik minat responden untuk mencuba membeli barangan secara atas talian.
             



6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
            Bahagian ini merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan untuk memenuhi tiga objektif kajian.
6.1 Mengenal pasti jenis barang yang dibeli secara atas talian oleh warga CKS,Papar
               Daripada dapatan kajian, didapati bahawa amalan pembelian secara atas talian ini banyak diamalkan oleh warga CKS,Papar. Dalam hal ini 10 orang responden yang terlibat menyatakan bahawa mereka mengerti dengan jelas mengenai konsep pembelian secara atas talian.
               Dengan pemahaman terhadap konsep pembelian secara atas talian ini, warga CKS,Papar sering melakukan urusan pembelian barangan secara tas talian. Dalam hal ini, terdapat pelbagai jenis barangan yang menjadi pilihan hati mereka untuk membeli barangan secara atas talian seperti barangan kosmetik, barang dapur, pakaian, gadjet dan aksesori.
                 Barangan utama yang kerap dibeli oleh warga CKS,Papar ialah barangan kosmetik. Hal ini kerana golongan responden perempuan gemar menjaga kecantikan dan penawaran terhadap barangan kosmetik amatlah berlambak diiklankan secara atas talian.
             Barangan kedua yang menjadi pilihan warga CKS,Papar ialah barangan aksesori. Barangan aksesori merupakan barang-barang tambahan dalam kelengkapan diri atau sesuatu benda seperti kereta, telefon bimbit dan rumah. Responden yang sangat menjaga keunikan dalam diri sendiri mahupun kebendaan amat gemar membeli barangan sedemikian.
              Barangan ketiga pula ialah barang dapur, responden yang terlibat dalam kajian juga ada yang merupakan orang yang sudah berkahwin. Bagi responden yang sudah berkahwin, mereka lebih cenderung membeli barang dapur yang agak menarik perhatian mereka yang ada di atas talian.
              Barangan keempat pula adalah pakaian. Responden juga membeli pakaian secara atas talian kerana fesyen pakaian yang ada di atas talian lebih bergaya dan mengikut perkembangan semasa. Namun, pakaian kurang mendapat pilihan di hati responden kerana berkemungkinan sukar digantikan kembali jikalau menghadapi keralatan saiz ataupun warna pakaian.
              Barangan terakhir adalah gadjet. Gadjet mendudukan tempat yang paling rendah dalam kalangan warga CKS, Papar kerana proses pemilihan gadjet yang berkualiti dan bersesuaian dengan cita rasa pelanggan amat sukar dilakukan. Responden yang berani menanggung risiko sahaja berani membeli gadjet secara atas talian.
6.2 Mengenal pasti media sosial yang digunakan oleh warga CKS,Papar untuk membeli barangan secara atas talian
                 Warga CKS,Papar melakukan pembelian secara atas talian dibantu oleh media sosial untuk mencari dan mendapatkan barangan yang ingin dibeli. Media yang menduduki data tertinggi yang digunakan oleh warga CKS,Papar adalah media Facebook kerana banyak iklan-iklan penjualan barangan terdapat di media tersebut. Wechat pula menduduki data kedua tertinggi yang digunakan oleh warga CKS,Papar kerana mereka semua mempunyai akaun Wechat masing-masing. Seterusnya, media yang digunakan adalah Instagram tetapi tidak begitu mendapat sambutan dalam kalangan mereka kerana tidak semua mereka faham akan cara penggunaan media tersebut. Media sosial seperti Shoppe MY dan blog pula menduduki data yang terendah kerana media ini tidak begitu dikenali oleh warga CKS,Papar.
6.3 Mengkaji faktor-faktor mempengaruhi pembelian secara atas talian dalam kalangan warga CKS,Papar
               Daripada hasil dapatan kajian, faktor utama warga CKS,Papar membeli secara atas talian adalah disebabkan oleh terpengaruh dengan pengalaman rakan-rakan. Pengaruh dari rakan-rakan sememangnya kuat untuk mendorong seseorang melakukan sesuatu hal terutamanya dalam pembelian secara atas talian kerana pengalaman ini sangat menyeronokan. Faktor kedua pula ialah barangan yang dibeli sampai pada masa yang ditetapkan. Hal ini kerana barang yang mereka beli secara atas talian selalunya tiba pada masa yang diberitahu menyebabkan mereka tidak berhenti dalam aktiviti pembelian ini. Warga CKS,Papar juga membeli secara atas talian kerana terdapat banyak variasi pilihan produk sehingga menjadikan mereka rambang mata dalam membeli. Kualiti produk sama seperti yang dijanjikan juga merupakan salah satu faktor mereka membeli secara atas talian. Lebih dari separuh responden menerima barangan yang dibeli mempunyai kualiti produk yang sama dan terjamin. Bagi faktor murah pula, kebanyakan mereka kurang setuju kerana tidak semua harga barangan yang dijual adalah murah. Hal ini kerana harga barangan akan dicampurkan dengan kos penghantaran sehingga membuatkan harganya sedikit mahal. Faktor yang lemah dalam pembelian barangan secara atas talian oleh warga CKS,Papar adalah dapat menjimatkan masa membeli-belah. Ramai responden kurang bersetuju dengan faktor ini kerana mereka merasakan masa mereka untuk membeli-belah secara atas talian juga memerlukan masa lama terutamanya dalam mencari barangan yang benar-benar sesuai bagi mereka.
6.4 Kesimpulan
              Kesimpulannya, pembelian secara atas talian sememangnya amat mudah dan menyenangkan urusan pembelian barangan masyarakat.Hal ini kerana mereka mampu membeli barangan secara atas talian mengikut selera dan kemampuan mereka. Barangan yang boleh dibeli pula adalah terdiri daripada pelbagai-bagai jenis. Pelbagai media juga boleh digunakan untuk mencari barangan yang mereka mahu. Kajian mendapati bahawa pembelian secara atas talian memang didorong oleh beberapa faktor yang boleh dikenalpasti. Justeru, adalah harapan pengkaji hasil kajian ini dapat memberikan pendedahan yang mendalam kepada orang ramai tentang barang-barang yang boleh dibeli, media yang sering digunakan serta faktor-faktor pembelian secara atas talian dilakukan.








RUJUKAN
1.      Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2015. Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn Bhd.
2.      Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
3.      Miliza Ghazali, 2016. Buat Duit Dengan FB & Instagram. Batu Canves, Selangor : PTS Publishing House Sdn Bhd.
5.      Peta Pasaraya CKS, Papar dicapai pada 05 March 2017 dari https://id.foursquare.com/v/cks-supermarket/506faacae4b0c37bba612592/photos
6.      Pembelian secara atas talian diakses pada 27 March dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Feminin/20120531/Beli-belah-dalam-talian-trend-terkini
7.      R. Kuberan et. Al, 2013. Teks Efektif STPM Pengajian Am (Penggal 2) 900/2.Petaling Jaya: Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd
8.      Sabitha Marican, 2009. Penyelidikan Sosial Sains: Pendekatan Pragmatik, Batu Caves: Edusystem Sdn Bhd

Comments

  1. Minta izin untuk menggunakan ayat dan maklumat dalam ni ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KOMUNIKASI LISAN DALAM BAHASA MELAYU

BAHASA SLANGA