IBU


“Ya Allah, sesungguhnya setiap apa yang berlaku selama ini benar-benar ada hikmah disebaliknya.” Begitulah kata-kata yang bermonolog di dalam hati seorang insan yang bernama Balqis. Balqis terkenangkan akan sejarah hidupnya selama ini sambil duduk di balkoni rumahnya dengan berhidangkan teh panas dan karipap sebagai minum petangnya. Dia terus mengelamun…
“Balqis, ibu sudah tidak larat lagi nak untuk teruskan hidup ibu ni. Walaupun ayahmu tidak menghiraukan kita lagi, berkerja keraslah kamu untuk menjaga adikmu, Damia. Berilah dia makan minum yang cukup. Janganlah kamu berputus asa dalam pelajaranmu,” begitulah permintaan seorang ibu  kepada anaknya. Ibu Balqis seorang penghidap kanser paru-paru tahap empat. Ibunya telah menanggung sakit tersebut selama 2 tahun. Dalam tempoh dua tahun tersebut ibunya telah berjuang habis-habisan untuk menentang penyakitnya namun ajal ibunya sampai awal.
“Ibu, jangan tinggalkan Balqis dan Damia. Kami tidak mempunyai sesiapa lagi di dunia ini. Ayah sudah tidak menghiraukan kita lagi”, kata Balqis kepada ibunya sambil meraung dalam tangisan. “Maafkan ibu nak, ibu cuma pergi ke tempat yang lebih aman. Jagalah adikmu dengan baik ya sayang. Ibu sayang kamu dan Damia”, kata ibu dalam nada yang perlahan dan tidak bermaya. “Damia pun sayangkan ibu”, ucapan terakhir Damia dengan tangisan kesedihan melihat keadaan ibunya. “Tiiitttttttttt…”,  bunyi mesin yang menunjukkan ibunya sudah pergi ke Rahmatullah.
Balqis dan Damia menjalankan kehidupan mereka tanpa kedua-dua ibu bapanya. Sebenarnya ayah mereka masih hidup namun ayah mereka tidak menghiraukan mereka. Mereka ditinggalkan oleh ayahnya sejak Damia berumur 14 tahun dan ketika itu Balqis berumur 17 tahun. Keluarga mereka ditinggalkan oleh ayahnya kerana ibu yang menghidap kanser paru-paru. Ayah tidak mahu menerima keadaan Ibu yang sedang sakit kerana tidak mampu untuk melayani nafsunya. Disaat awal ayah tahu akan sakit yang dihidap oleh ibu, ayah sering pulang lewat kerumah dan tidak memberikan kami nafkah untuk makan mahupun sekolah. “Eh, kau tidak tahu? Ayah mereka itu suka main judi dan selalu main dengan perempuan untuk memuaskan nafsunya. Isterinya kan sudah sakit, manalah isterinya itu mampu untuk melayani suaminya,” begitulah gosip yang menjadi buah mulut orang kampung tentang keluarga kami. Ibu tetap tabah menghadapi segala ujian ini namun ibu terus diuji dengan kesabarannya iaitu suaminya mula berani untuk membawa wanita pulang ke rumah dan bermain dibilik mereka. Ibu yang berada di bilik kami hanya mampu diam dalam tangisan kerana takut akan ayah yang akan memukulnya dan memukul kami sekiranya kami mengganggu perbuatan ayah. “ibu, kenapa ibu membiarkan ayah membuat hal yang sedemikian?”soalan yang ditanya oleh Balqis kepada Ibu. “Ibu tidak mahu ayahmu mengamuk nak, ibu tidak larat untuk melawannya. Nanti kamu akan dipukulnya. Ibu tidak sanggup melihat kamu dipukul bukan atas kesalahan kamu nak. Bersabarlah, ini ujian daripada Allah SWT. Hadapilah ujian ini dengan tabah kerana kelak pasti akan memperoleh kebahagiaan. Ingatlah bahawa setiap apa yang terjadi di dunia, pasti ada hikmahnya nak. Selepas hari hujan pasti munculnya pelangi. Begitu juga dengan kehidupan, pada awalnya kita diuji dengan bermacam-macam ujian tapi pengakhirannya pasti suatu kebahagiaan yang kita tidak pernah jangkakan.” Begitulah kata-kata ibu yang menyenangkan kami.
“Papp..”, bunyi tamparan yang kedengaran dari bilik ibu dan ayah. “Kau hanya menyusahkan saya lah perempuan sakit ! Kau tidak mampu memberikan aku apa-apa” teriak ayah kepada ibu. “Kalau begitu, tinggalkan saya, saya sudah tidak mampu lagi melihat suami saya sendiri melakukan perbuatan  yang terkutuk apatah lagi terjadi di atas katil kita sendiri”, lawan ibu kepada ayah. “Papp..”, sekali lagi ibu ditampar oleh ayah.  “Dasar perempuan sakit tidak tahu diuntung !” jerit ayah kepada ibu. Ayah terus meninggalkan rumah dan inilah pergaduhan terbesar  yang terjadi antara ayah dan ibu. Sejak prgaduhan itu ayah sudah tidak kembali ke rumah dan menurut cerita orang kampung ayah sudah di penjarakan akibat hutang untuk bermain judi dan mengambil dadah.
Kehidupan tanpa tanggungan ibu bapa adalah sangat sukar. Balqis sebagai anak sulung terpaksa bekerja untuk mencari wang. Walaupun Balqis seorang pelajar, namun dia tetap bekerja untuk mencari makan untuknya dan Damia. Balqis sekali lagi diuji apabila dia terpaksa membahagikan masanya untuk belajar dan bekerja. Walaupun Balqis hanya bekerja sebagai pelayan di restoran, namun itu cukup untuk menanggung hidupnya dan Damia. Balqis tidak menjadikan masa bekerjanya itu sebagai beban seorang pelajar. Balqis tetap belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi murid cemerlang agar dapat menampung kehidupan bersama adiknya. Memandangkan pada waktu itu tahun yang Balqis akan mengahadapi peperiksaan yang besar iaitu SPM, Balqis bertungkus-lumus untuk belajar agar dapat mencapai keputusan yang cemerlang.
*di hari penyerahan keputusan SPM*
Balqis telah diumumkan sebagai pelajar cemerlang SPM dengan keputusannya mendapat straight A dalam SPM. Balqis sungguh gembira dan melompat kegembiraan. “Terima kasih Ya Allah, sesungguhnya usahaku selama ini tidak lah sia-sia. Alhamdulillah”, doa Balqis dalam hati sambil tersenyum dengan lebar. Dengan keputusannya yang cemerlang itu, Balqis mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya. Balqis meminta tolong dengan makciknya untuk menjaga Damia sementara Balqis melanjutkan pelajarannya. Balqis masih bekerja sambil belajar kerana dia perlu memberi wang kepada mak ciknya sebagai tanggungan Damia.
*3 tahun kemudian*
Balqis telah menjadi graduan di university dengan pencapaian yang cemerlang dalam pelajarannya. Balqis berjaya menjadi jurutera. Kerjayanya dalam kejuruteraan menjadikan hidupnya dan Damia senang dan tidak perlu hidup dalam kesusahan lagi. Balqis seorang jurutera yang berjaya dan menjadi seorang yang sangat kaya. Balqis sudah mampu membeli sebuah rumah yang besar dan keretanya sendiri. Kehidupan mereka berubah secara mendadak. Tekad seorang insan biasa yang bernama Balqis dalam usaha untuk mengubah nasibnya dan adiknya berjaya apabila diberi ujian yang begitu sukar untuknya. Namun begitu, ujian yang dihadapi tidak pernah melemahkan semangatnya untuk mengubah nasib mereka dan memenuhi permintaan ibu kesayangan mereka. “Ibu, Balqis dan berjaya sekarang. Terima Kasih kerana mendoakan kami ibu. Terima kasih kerana menjaga kami. Kami sayang sangat dengan ibu. Ibu jangan risau lagi ya”, kata Balqis kepada ibunya yang berada di tanah perkuburan.

Comments

Popular posts from this blog

PEMBELIAN BARANGAN SECARA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN WARGA CKS, PAPAR

KOMUNIKASI LISAN DALAM BAHASA MELAYU

BAHASA SLANGA