AKU SAKIT PERUT



Waktu itu waktu pagi , tepat pada pukul 8:45 minit, dan seingat aku ketika itu adalah hari Khamis, aku berada di dalam kelas aplikasi komputer.
Sedang khusyuk mendengar Dr memberikan penerangan mengenai cara-cara membuat blog, dengan tiba-tiba tanpa sebarang petanda atau amaran, perut aku membuat 1 proses membolak-balikan angin di dalam perut sehingga membuat aku rasa tidak selesa, aku terpaksa menahan kesakitan itu kerana aku tidak ingin ketinggalan apa-apa input di dalam kelas. Puas otak aku liat memikirkan cara untuk menghilangkan rasa sakit itu ataupun hanya ingin mengendahkannya namun kesakitan itu lebih kuat dari kekuatan cinta ku pada bekas kekasih ku HAHA, saya gurau saja. Baiklah saya teruskan, aku mula bertanya kepada kawan di sebelah tempat duduk ku, adakah patut aku ke tandas? Mereka kata pergi saja kerana tidak baik menahan sakit itu terlalu lama. setelah berperang agak lama dengan jiwa ku sendiri, aku pun memutuskan untuk ke tandas tetapi sebelum ke tandas , aku membuka telefon pintar ku dan meletakkannya di tepi komputer untuk merakam apa yang Dr ajar dalam kelas,maka dari itu ,aku tidaklah tertinggal info penting dalam kelas tu hehe. Hebat tak saya?

Comments

Popular posts from this blog

PEMBELIAN BARANGAN SECARA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN WARGA CKS, PAPAR

KOMUNIKASI LISAN DALAM BAHASA MELAYU

BAHASA SLANGA