SILAT CEKAK HANAFI
Asal-usul Silat Cekak yang merangkumi :
a)
Salasilah perguruan
Silat
Cekak ini berasal dari Kedah, yang hanya diajarkan kepada para panglima.
Panglima Ismail
|
Panglima Kanan Negeri Kedah
di zaman Kesultanan Ahmad Tajuddin II. Orang yang paling lama diketahui
mempelajari silat ini. Panglima Ismail, pada suatu masa telah
mengalahkan seorag Batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) di Kubang Kerian,
Perak.
|
Panglima Tok Rashid
|
Panglima Kanan Negeri Kedah
telah menerima Silat Cekak dari wasilah Panglima Ismail.
|
Yahya Said ( Pemegang
Amanah )
![]() |
Menerima Silat Cekak dari
Panglima Tok Rashid sebagai "Pemegang Amanah" selama 40 tahun dari
1925 hingga 1965.
Panglima Tok Rashid
mengamanahkan silat ini kepada Yahya Said (Pak Ya Said) dengan pesannya:
" Kalau ada anak cucuku dari Kedah yang ingin belajar, hendaklah engkau
pulangkan kembali"
Maka En. Yahya Said pun
diamanahkan untuk menjaga silat ini, untuk diberikan kepada yang hak empunya.
|
Ustaz Haji Hanafi bin Haji
Ahmad (1965/66-1986 )
![]() |
Pengasas PSSCM dan sebagai
Guru Utama merangkap Presiden selama 21 tahun dari 1965 hingga 13 Ogos 1986. Ustaz
Hanafi dikhatamkan sendiri oleh Yahya Said sendiridan diberi mandate sebagai
guru untuk mengembangkan silat ini.
|
Tuan Haji Ishak Itam
(1986-1993)
![]() |
Ishak Itam memegang
jawatan sebagai pemangku Guru Utama selama tujuh tahun agar dapat diserahkan
semula kepada Md. Radzi Haji Hanafi, anak keempat Ustaz Hanafi.
|
Md Radzi Hj Hanafi
(1993-2006)
![]() |
|
Marwi bin Latiff
(2006-kini)
![]() |
MMT pada tahun 2006 telah
melantik Marwi bin Latiff selaku Guru Utama. Marwi bin Latiff sebelum itu
merupakan ahli MMT dan Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) persatuan
ini.
|
b)
Penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak
Silat
ini mula dikembangkan di Kuala Lumpur dengan kelas pertama di Kg.
Bumiputera dan Kg. Datok Keramat di bawah Persatuan Bawean Putera (1970-19
Ogos 1971) dan kemudian didaftarkan sebagai Persatuan Seni Silat
Cekak Malaysia (PSSCM) beralamat di No. 32, Jalan Hj. Sirat, Kampung
Baru (kemudian dipindahkan ke Bangunan Silat Cekak di alamat Bangunan Silat
Cekak, Jalan Sentul, Kuala Lumpur mulai pada 21 Februari 1985. Tn Hj
Ishak Itam diisytihar Guru Utama pada 1986 dengan persetujuan Majlis Muafakat
Tertinggi (MMT) selepas 40 hari pemergian Ustaz Hanafi. Penyerahan tugas
sebagai guru utama kepada Md Radzi Hanafi pada 1993. Pada 19 Mei 1993, Silat Cekak telah dikembalikan
semula kepada Md. Radzi dan diisytiharkan sebagai Guru Utama Silat Cekak
pada 23 Mei 1993. Silat Cekak pula telah didaftarkan di bawah Pertubuhan
Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUHM) pada 5
Ogos 1994 dengan nombor pendaftaran 5592/94 (Selangor) dan beribu
pejabat di Kompleks Sukan Datuk Keramat. Silat Cekak
Hanafi kini sedang bergelut dengan masalah dalaman apabila Tuan Guru Hj. Md.
Radzi telah dituduh melakukan salah laku dan pecah amanah. MMT pada tahun 2006
telah melantik Marwi bin Latiff selaku Guru Utama. Marwi bin Latiff sebelum itu
merupakan ahli MMT dan Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) persatuan
ini. Perkara ini dipertikai oleh penyokong Tuan Guru Hj. Md. Radzi yang menegaskan
kes salah laku berkenaan masih belum dibuktikan sejauh mana kebenarannya,
selain itu perkara ini telah melanggar tradisi penyerahan mandat guru dan
merosakkan salasilah perguruan Silat Cekak. Isu ini masih belum selesai
sehingga sekarang dan kedua-dua pihak sedang berusaha untuk mengakhiri kemelut
ini.
Majlis
Mesyuarat Kebangsaan (MMK) yang dipilih oleh perwakilan seluruh Malaysia pada
2006 telah membuat keputusan untuk memecat Tuan Guru Hj. Md. Radzi selaku
Presiden merangkap Guru Utama pada tahun itu juga. Sebanyak 11 cawangan telah
mengemukakan bantahan terhadap perkara ini dan meminta agar Mesyuarat Agong
Luar Biasa diadakan namun tidak dihiraukan MMK. MMK pula sehingga 2009 telah
gagal menunaikan tanggung jawab untuk mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan sejak
2007 dan sedang berhadapan dengan tindakan dari Pendaftar Pertubuhan.
2) Perkembangan Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi di Universiti
Kebangsaan Malaysia sejak ia mula bertapak.
TERCAPAINYA IMPIAN USTAZ HANAFI,PEMBENTUKAN
SILAT CEKAK HANAFI,PENGEMBANGAN SILAT DI BANGI DAN SELANGOR,SILAT CEKAK HANAFI
DI BUMI BANGI. TERCAPAINYA IMPIAN USTAZ HANAFI
Pembukaan kelas di UKM menandakan kejayaan
Silat Cekak menembusi kelas-kelas pengajian tinggi. DIBANGUNKAN DENGAN BANTUAN
AHLI-Ahli SEKITAR KUALA LUMPUR. Antara ahli terawal ialah Guntor Tobeng, yang
kemudian menjadi Presiden Silat Cekak UKM yang pertama. PERGERAKAN SILAT SECARA
BERPERSATUAN YANG TERSUSUN DIBANGUNKAN APABILA ANAK USTAZ HANAFI, EN. JAMALUDIN
MULAI PENGAJIAN DI UKM PADA PERTENGAHAN 1980an. Lahirnya ahli-ahli produk UKM
yang akan menjadi peneraju silat Cekak di pelbagai peringkat. En. Jamaluddin
dibantu oleh ahli-ahli UKM yang komited berjaya menubuhkan Alumni Silat Cekak Hanafi
pada tahun 1991 yang menjadi tulang belakang kepada penubuhan kelas Silat Cekak
di Bangi, iaitu En. Roslan Rashid, En. Ramlee Bin Abd Rahman, En. Norazlan Shah,En.Zeszydar
Rokman. (1991 -1993) Kelas Bangi berjaya menjadi kelas yang rancak pembangunannya
dengan jurulatih-jurulatih Alumni yang aktif. Atas usaha sama Alumni UKM dan
ahli-ahli di Bangi, kelas Silat Cekak di Matrikulasi Kuala Pilah berjaya
diwujudkan dimana tenaga pengajar kesemuanya dari Bangi. Ahli-ahli Alumni UKM
kini mengendalikan tiga kelas iaitu kelas di UKM, kelas di Bangidan Matrikulasi
Kuala Pilah. Keaktifan dan komitmen mereka di peringkat Negeri juga diiktiraf apabila
En. Ramlee Rahman dilantik menjadi Bendahari Persatuan. UKM, Bangi dan Krisis 1993,
Krisis kepimpinan yang berlaku di peringkat Pusat menyebabkan Silat Cekak berpecah
dua, menjadi Silat Cekak Malaysia dan Silat Cekak Hanafi. Komitmen dan kepercayaan kepada intipati
Silat Cekak membuatkan tunjang Alumni UKM ketika itu tekad menolak kepimpinan Guru
Utama dan memilih untuk bersama Silat Cekak Hanafi. Keputusan untuk bersama
Silat Cekak Hanafi adalah satu keputusan yang melawan arus ketika itu kerana
hanya Bangi merupakan kelas tunggal di Selangor yang menyokong Silat Cekak Hanafi.
Di seluruh Lembah Kelang, hanya kelas Bangi, UKM dan UTM Kuala Lumpur yang
menyokong Silat Cekak Hanafi. PSSCUHM yang baru ditubuhkan memerlukan komitmen dan
pengorbanan besar dari setiap ahli. Alumni UKM dan UKM memberi sepenuh tenaga dalam
penubuhan SCH. En. Ramlee Abd Rahman dilantik Setiausaha Agung SCH di peringkat
pusat.
Bantuan dari UKM, Alumni UKM dan Bangi
datang dari pelbagai bentuk, dari tenaga pengajar, demonstrasi silat hingga ke pentadbiran.
Ibu Pejabat SCH Selangor berpindah ke Bangi. Silat Cekak Hanafi (1995 –2001), Alumni
UKM dibawah 4 orang tunggak telah berjaya membentuk satu kumpulan yang mampu mengembangkan
SCH. Pembukaan pesat kelas-kelas SCH terutamanya apabila pihak Pusat telah bersetuju
untuk membenarkan kelas di Sekolah Menengah dibuka untuk bawah 15 tahun. Kelas IKATAN
(Uniten), SMK Teknik Kajang, SMK Maahad Hamidiah Kajang dan SMK Agama
Persekutuan Berjaya dibuka dari tahun 1994 –1996. Alumni UKM juga telah membantu
dalam pembukaan kelas latihan di Bukit Belimbing. Pembukaan rancak kelas-kelas
SCH di sekitar Bangi dan Kajang adalah sebahagian daripada sumbangan untuk mereliasasikan
Wawasan 2001 SCH.
Pada tahun 2001, pihak SCH Selangor
telah berjaya membeli rumah persatuan di Seksyen15, Bandar Baru Bangi. Rumah yang
akan dikenali sebagai Rumah Cawangan Selangor akan menjadi lokasi baru kelas latihan
BBB.
Rumah yang dibiayai sepenuhnya oleh
ahli-ahli SCH Selangor menjadi lambing komitmen dan pengorbanan ahli-ahli SCH
Selangor. Kemuncak tahun 2001 adalah kejayaan besar untuk SCH Selangor dimana UKM
menjadi tuan rumah Wajadiri 2001 yang berjaya dan penyertaan semua kelas di
Bangi dalam Demonstrasi SCH tahun 2001.
Silat Cekak Hanafi (2002 –2006)
Makin banyak kelas-kelas dibuka sekitar
Bangi dan Kajang. SMK Jalan 3, Sekolah Menengah Agama Bandar Baru Salak Tinggi,
MFI, KISDAR (KUIS), dan IKBN Dusun Tua berjaya dibuka. Jumlah kelas yang banyak
menyebabkan lahirnya Majlis Penyelia Hulu Langat, majlis penyelia SCH yang
pertama ditubuhkan di Malaysia. MPHL juga banyak membantu dalam pembukaan
kelas-kelas di sekitar Selangor. Kelas-kelas yang baru dibuka di Selangor
adalah PL Kota Damansara, PL Puchong, PL Shah Alam. Kemuncak tahun 2005
kejayaan SCH Selangor yang berjaya memenangi Anugerah Persatuan Sukan Terbaik Jabatan
Belia dan Sukan Selangor dan antara peserta teramai untuk Demonstrasi Raksaksa SCH
di Tasik Titiwangsa.
Pada awal tahun 2006, pengaruh Bangi dan
Alumni UKM amat ketara di peringkat Negeri dan Pusat. S/U Pusat, S/U LPT dan sebilangan
ahli MMK datangnya dari Alumni UKM. Alumni UKM juga membentuk lebih 60% MMN
Selangor yang ditunjangi oleh EN. Roslan Rashid sebagai YDP sejak tahun1994.
Keputusan MMN Selangor yang menyokong
perlantikan Guru Utama yang baharu menyebabkan kehilangan beberapa kelas SCH,
terutamanya di kawasan Shah Alam dan Serdang.
Krisis kepimpinan yang kedua melanda SCH
sekali lagi menyaksikan pihak Alumni UKM bersama-sama MPHL mengambil keputusan yang
melawan arus, iaitu tidak menyokong kepimpinan Guru Utama ketika itu. Di
peringkat Pusat, kehilangan kekuatan sebanyak 70% menyebabkan sekali lagi tenaga
dan pengorbanan ahli-ahli di Bangi diperlukan untuk memulihkan keadaan. Komitmen ahli-ahli
berjaya membuatkan keadaan menjadi stabil dan kelas-kelas SCH dibawah MPHL berjaya
digerakkan semula kecuali kelas MFI yang tidak menyokong keputusan MPHL. Perjuangan SCH kini diteruskan oleh generasi baru hasil didikan ahli-ahli
lama di Bangi. 4 orang tunjang kekuatan Alumni UKM kini lebih berperanan sebagai
penasihat. En. Nor AzlanShah telah dipilih menjadi Presiden SCH Malaysia pada tahun
2015 tepat 50 tahun usia Silat Cekak, menandakan usaha dan komitmen 4 orang
tunjang ini sepatutnya dijadikan iktibar dan panduan untuk generasi akan datang.
“Sesungguhnya pergerakan kita ini penuh
dengan keringat, darah dan airmata”
3) 1 idea atau aktiviti yang boleh menambahbaik mutu
kelas latihan silat.
Pada
pandangan saya, aktiviti yang boleh dilakukan untuk menambahbaik mutu kelas
latihan silat adalah para pengajar melihat satu persatu ahli silat membuat buah
yang baru diajar ,sama ada mereka melakukan dengan cara betul ataupun tidak ,
pastikan ahli-ahli silat benar-benar
telah memahami buah tersebut secara sempurna,barulah berganjak ke buah
yang seterusnya. Selain itu, pelajar silat yang lebih mahir ataupun yang “cepat
tangkap” buah yang telah diajar bolehlah mengajar kepada pelajar silat lain
yang kurang mahir agar bersama-sama dapat mempelajari buah dengan cepat dan
tangkas. Seterusnya, pelajar silat boleh melakukan demonstrasi silat dalam
mana-mana program yang boleh dijalankan bagi melatih diri pelajar silat untuk
lebih berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapai buah dengan sempurna dan dapat
menunjukkan kelebihan silat kepada orang ramai dan boleh menarik orang ramai untuk
mengikuti kelas silat.
Comments
Post a Comment