GENG FUTSAL KUO SAYA
TEAM WW yang sebenarnya membawa maksud wikwik ataupun winwin. Idea untuk menamakan kumpulan kami dengan gelaran ini apabila viralnya sebuah video lagu Thailand ketika itu maka muncul lah nama kumpulan futsal ini sebagai TEAM WW.
Pada September 2018, satu pemilihan pencarian pemain futsal wanita telah diadakan dekat kolej saya iaitu KUO ( KOLEJ UNGKU OMAR) , saya ingat lagi ketika itu hari Isnin pukul 5 petang, saya sampai sanggup ponteng kelas bahasa Thailand demi menghadirkan diri ke pemilihan itu. dan satu perlawanan telah dibuat bagi memilih pemain yang akan mewakili kuo untuk bertandingan di perlawanan futsal yang dianjurkan oleh TNC HEPA. Seramai 20 orang wanita yang hadir ketika itu, saya memilih untuk menjadi keeper walaupun sebenarnya saya tak reti menangkap bola. dan alhamdulillah saya terpilih masuk ke dalam team tersebut.
Perlawanan diadakan sebanyak 10 perlawanan, pada perlawanan pertama iaitu 7 Okt, kami telah berentap dengan KPZ, dan kami menang dengan mata 2-0.
Dan perlawanan-perlawanan seterusnya kami asyik menang.
Kami juga telah menjuarai perlawanan futsal bagi peringkat SUKEM, secara tidak langsung, kami telah mencipta 1 sejarah dalam KUO dimana KUO tidak pernah menjadi juara dalam acara futsal wanita sebelum ini . YEAHHH
Namun, kami agak kecewa apabila kami kalah di pusingan final dengan penalti dengan kajai atau kbh tak silap, lupa2 sudah saya hahha. Ketika itu, semua sebak ,ramai yang menangis kerana kami mengharapkan EMAS. tapi tidak mengapa, bukan rezeki. Hadiah yg kami dapat hasil dari perlawanan ini adalah PERSAHABATAN, daripada stranger menjadi rapat. Jadi kami pun mendapat tempat kedua dalam piala TNC HEPA 2018.
Okay sebelum saya menghabiskan cerita saya di sini. mari saya perkenalkan nama-nama geng saya.
Coach kami nama dia AKMAL FARHAN, coach yang paling banyak membantu dan mengajar kami,tanpa coach mustahil kami boleh menang. seterusnya, manager kami nama dia ALIOH , paling bising ,banyak cakap dalam group hahahah. Kapten pasukan kami , nama nya Fatin tapi orang panggil ATENG, seorang yang serius, tegas, garang tapi baik hati juga hehe. lepas tu, keeper kami yang paling hebat, AIN nama dia, tangkas, baik juga, friendly. next, ada FAIZ, dia ni paling cantik lah dalam team tapi dia jarang main, busy katanya. KATNISS, perempuan yang tomboy, paling sempoi lah,pandai cakap cina lagi. trus ada MIRA CHOYY, haa budak ni lain sikit, suka melawa dan selfie ,pantang nampak cermin tapi hebat gak main, aku balik2 tak dpat tangkap bola yg dia tendang hahaha. lepastu, DIBA, ni paling perform ni, kaki emas kami panggil dia, sangat pro main bola. DIDI, ni pun hebat gila main, kaki orang pun boleh patah hahah ndaba didi. ZUEE, ini budak hot gila ni, spa ja nda knal dia, pujaan hati smua orang, sbb dia comel hahah zue ni pun main fuhh brapa kali dia kasi gol. DALILA, gadis serba boleh, even baru join main futsal pun dah perform sangat, lpstu dia ni pemain hoki yg hebat lagi haihhh untung2. last sekali, NURIN, nurin ni dia agak menyendiri selalu, tapi dialah harapan team kitaorang, dia punya bakat main futsal tu , hmm musuh pun takut jumpa dia, kalau dia sepak bola tu aiyoyo dari hujung sampai ke hujung terus masuk GOLLLL!!!!!
Comments
Post a Comment