ISU DUNIA


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu  keganasan yang berlaku ke atas masyarakat Islam di Chrischurch New Zealand. Keganasan ini berlaku di luar sifat kemanusiaan sebenar kerana ia bukan sahaja ditentang oleh agama Islam, bahkan agama lain juga turut menentang perbuatan terkutuk ini.
Soalannya: Berdasarkan kefahaman anda terhadap konsep etika dan moral, sila jelaskan bagaimanakah cara menyelesaikan isu di atas menurut pandangan agama masing-masing.

Jawapan : Menurut agama Islam yang saya anuti, antara cara yang boleh digunakan untuk menyelesaikan isu ini adalah dengan mendedahkan lebih meluas tentang sebenarnya ajaran Islam di dunia, pembawaan pengaruh kuat terhadap sentimen orang kulit putih serta fobia terhadap agama dan orang Islam atau Islamofobia antara punca utama berlakunya tragedi tembakan masjid di Christchurch New Zealand. Oleh itu, sebagai umat Islam ,kita haruslah menunjukkan kepada orang-orang bukan Islam bahawa agama Islam bukanlah satu ancaman bagi mereka. Kita hendaklah memberi pengetahuan yang mendalam tentang Islam kepada orang awam di seantero dunia.
Selain itu, pada pandangan agama Islam, seseorang mempunyai akhlak dalam diri sudah tentu tidak akan melakukan perbuatan di luar batasan manusia kerana akhlak merupakan di antara perkara yang terpentin dan perkara asas dalam Islam. Akhlak adalah berdasarkan kepada peribadi Rasulullah S.A.W.. Menurut Ibnu Maskawayh: “Satu hal keadaan yang tetap bagi jiwa manusia di dalam melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran, kerana ianya sudah menjadi suatu kebiasaan”
Oleh hal yang sedemikian, sekiranya seseorang itu meletakkan akhlak yang tinggi dalam dirinya ,sudah pasti dia tidak akan melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku. Akhlak ini haruslah berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah. Rukun Islam mempunyai lima perkara:
-          Mengucap dua kalimah Syahadah (Teras)
-          Solat (Antibodi & Perisai)
-          Puasa (Kolej rohani)
-          Zakat (pengkongsian bijak harta)
-          Haji (Kesatuan & Pengorbanan)
Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. , akhlah terbahagi kepada 2. Akhlak Baik : Sifat-sifat Mahmudah (Terpuji). Contoh: Adil, Pemurah, Baik hati. Akhlak Buruk : Sifat-sifat Mazmumah (Tercela). Contoh: Zalim, Bakhil, Jahat.
Kaedah-kaedah Pembentukan Akhlak - Kawal ke tahap sederhana ,Memandu sifat-sifat tersebut ,Mengubah dan mengganti.

(Akhlak Menurut al-Ghazali) Definisi : Suatu keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan, perlakuan atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran. Perilaku yang terhasil dengan mudah samada baik atau buruk. Oleh itu, agama itu sendiri berfungsi untuk membetulkan akhlak.
4 Kriteria Akhlak : Memiliki ilmu, mampu mengawal amarah dengan akal, mampu mengawal nafsu dan memiliki kekuatan keadilan. Kriteria tersebut adalah kesinambungan daripada akhlak menurut Ibn Maskawih (kearifan,kesederhanaan, berani, dermawan & keadilan).
Maka hal ini jelas menunjukkan jika seseorang itu mempunyai akhlak , maka dia ada keempat-empat kriteria akhlak tersebut dan dia akhirnya mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan perbuatan yang kejam tersebut.

Nafs yang membentuk personaliti berbeza: Nafs ammarah : individu yang bertindak mengikut runtuhan nafsu hingga bersifat kejahatan dan kerosakan. Pelaku-pelaku yang melakukan keganasan ini telah pun mengikuti nafs ammarah mereka sehingga terjadinya kejadian buruk tersebut. Maka amat penting untuk kita mengawal hawa nafsu kita dengan adanya akhlak.
Hubungan Akhlak dan Kebahagian Manusia
Manusia itu dicipta untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat menerusi akhlak.
Dengan cara kawal diri  iaitu sederhana, dan zuhud . Bahagia sebenar bermaksud mempunyai jiwa yang baik, tubuh yang sihat, kebaikan faktor luaran (anak dan keluarga), pada individu itu sendiri iaitu baik hidayah dan petunjuk.
Kesimpulannya, kesempurnaan akhlak dan puncak akhlak dan sebaik-baik amalan utama adalah adab dalam agama. Jadi adalah sebaiknya orang Islam menanam adab dalam diri untuk mencegah melakukan perbuatan terkutuk. Apa yang sewajarnya orang Islam patuh adalah ajaran Allah SWT, akhlak Nabi dan Rasul. Betapa indahnya dan tertib jika Islam memandu umatnya supaya menjaga adab dan akhlak.

Comments

Popular posts from this blog

PEMBELIAN BARANGAN SECARA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN WARGA CKS, PAPAR

KOMUNIKASI LISAN DALAM BAHASA MELAYU

BAHASA SLANGA