KERJA KURSUS EKONOMI F6
PENGHARGAAN
Pertama
sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, Encik
Isagani dan Puan Intan yang banyak
menyokong serta membantu saya melaksanakan kerja kursus Ekonomi Kertas 4
(944/4) Penggal 3 Tahun 2017 yang bertajuk “Upah Sektor Pembuatan Di Malaysia
Dari Tahun 2011 Hingga Tahun 2015”. Tanpa jasa mereka, mustahillah untuk saya
siapkan kerja kursus ini.
Seterusnya,
ribuan terima kasih diucapkan kepada guru Ekonomi iaitu Puan Amanda Wong kerana
beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan serta memastikan saya
menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.
Di
samping itu, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya
seperti Hasimah dan pihak-pihak lain yang telah menyumbangkan masa dan tenaga
untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Sumbangan pihak-pihak ini
amatlah kritikal kepada kejayaan saya dalam tugasan ini.
Pelbagai cabaran dan rintangan telah saya
hadapi dalam proses melaksanakan tugasan ini. Walau bagaimanapun, dengan
bantuan dan sokongan pelbagai pihak ini,kerja kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4)
Penggal 3 Tahun 2017 dapat saya siapkan dengan jayanya.
UPAH DALAM SEKTOR
PEMBUATAN DI MALAYSIA
DARI TAHUN 2011 HINGGA TAHUN 2015
ABSTRAK
Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti arah aliran tingkat purata upah dan menganalisis
kadar pertumbuhan tingkat purata upah sektor pembuatan di Malaysia. Kajian ini
dijalankan dengan mengunakan kaedah sekunder yang diperoleh dari laman web
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia dan
sebagainya. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan peratusan dan
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Hasil kajian mendapati tingkat
purata upah sektor pembuatan meningkat dari tahun 2011 hingga tahun 2015.
Misalnya berlaku peningkatan sebanyak RM488 juta atau 23.95% daripada RM1550
juta pada tahun 2011 kepada RM2038 juta pada tahun 2015. Manakala kadar
pertumbuhan tingkat purata upah sektor pembuatan pula mengalami turun naik.
Contohnya pada tahun 2013 kadar pertumbuhan tingkat purata upah sektor
pembuatan mencatat kadar yang lebih besar iaitu pada 14.44% berbanding pada
tahun 2015 yang hanya mencatat kadar yang lebih rendah iaitu sebanyak 1.24%.
SENARAI
KANDUNGAN
Bil
|
Butiran
|
Muka surat
|
1
|
Abstrak
|
1
|
2
|
Senarai Kandungan
|
2
|
3
|
Penghargaan
|
3
|
4
|
1.0 Latar Belakang Kajian
|
4-5
|
5
|
2.0 Pernyataan Masalah
|
5
|
6
|
3.0 Tujuan / Objektif Kajian
|
6
|
7
|
4.0 Kaedah Kajian
|
6-7
|
8
|
5.0 Hasil Kajian dan
Perbincangan
|
7-11
|
9
|
6.0 Cadangan
|
12-13
|
10
|
7.0 Penutup / Rumusan Kajian
|
14
|
11
|
8.0 Senarai Rujukan
|
15
|
1.0 Latar Belakang Kajian
Industri pembuatan di Malaysia mula
berkembang pesat sejak awal 1980an apabila negara menyaksikan peralihan ekonomi
daripada yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan perindustrian.
Peralihan besar ini bertolak dari kesedaran bahawa negara perlu mengurangkan
kebergantungan ke atas barangan import; dan perlu mewujudkan sektor berasaskan
teknologi bagi menjamin kejayaan ekonomi negara.Hari ini, industri pembuatan
adalah industri yang paling pantas berkembang dan merupakan sektor pemangkin
terpenting dalam pertumbuhan ekonomi negara.
Kajian ini adalah untuk mengkaji upah
dalam sektor pembuatan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Kajian
ini dijalankan hanya dalam skop negara Malaysia dan hanya meliputi sektor
pembuatan. Kajian ini dilakukan dalam tempoh masa lima tahun sahaja dari tahun
2011 hingga tahun 2015.
Sektor pembuatan dikenali sebagai
industri sekunder ataupun industri pembuatan. Sektor ini meruapakan industri
peringkat kedua atau industri pembuatan yang melibatkan proses penukaran bahan
mentah menjadi barangan siap dan separa siap. Industri pembuatan boleh
dibahagikan kepada dua iaitu;
a. Industri
pembuatan berasaskan sumber alam, contohnya industri pembuatan sabun. Majerin,
minyak masak dari minyak sawit yang telah diproses. Industri pembuatan sarung
tangan, dan tayar daripada getah asli. Industri petrokimia, racun serangga,
pembuatan cat dari sumber gas asli.
b. Industri
pembuatan bukan berasaskan sumber alam, contohnya industri pembuatan barangan
elektrik dan elektronik serta industry automatif.
Tenaga kerja atau buruh yang melakukan
aktiviti pengeluaran akan diberikan ganjaran yang dinamakan sebagai upah. Upah
definisikan sebagai bayaran yang diterima oleh buruh atas sumbangan tenaga
fizikal dan mental dalam proses pengeluaran manakala upah purata pula merujuk
kepada seua saran yag diterima sebelum potongan caruman dan cukai pendapatan
dikenakan terhadap upah mereka. Maksud upah di bawah Akta Pekerjaan 1955pula yang dikeluarkan oleh
Undang-undang Buruh ialah “upah” ertinya
upah pokok dan semua pembayaran lain dengan wang tunai kepada seorang pekerja
bagi kerja yang dibuat mengikut kontrak perkhidmatannya tetapi tidak termasuk –
§ nilai mana-mana mana-mana tempat tinggal atau bekalan apa-apa makanan,
minyak, lampu atau air atau rawatan perubatan atau mana-mana kemudahan atau
perkhidmatan yang diluluskan;
§ apa-apa caruman yang dibayar oleh majikan sendiri kepada mana-mana
kumpulan wang pencen, kumpulan wang simpanan pekerja, skim pemberhentian kerja,
mengurangkan pekerja, penamatan, rentikan sementara atau skim persaraan, skim
jimat-cermat atau mana-mana kumpulan wang lain atau skim yang ditubuhkan untuk
faedah dan kebajikan pekerja.
§ apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan;
§ apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk menanggung
perbelanjaan-perbelanjaan khas yang diperlukan olehnya kerana jenis
perkerjaannya;
§ apa-apa ganjaran yang kena dibayar atas pemberhentian atau persaraan;
atau
§ apa-apa bonus tahunan atau mana-mana bahagian dari apa-apa bonus
tahunan.
2.0 Pernyataan Masalah
Yang
dikaji ialah arah aliran upah sektor pembuatan di Malaysia dari tahun 2011
hingga tahun 2015 dan kadar pertumbuhan tingkat upah sektor pembuatan di
Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.
Arah
aliran upah sektor pembuatan menunjukkan arah aliran yang meningkat dalam
tempoh tersebut manakala kadar pertumbuhan sektor pembuatan pula menunjukkan
peratus turun naik.
Terdapat
hubungan antara tingkat upah dalam sektor pembuatan dan perkembangan sektor
pembuatan dalam tahun-tahun tersebut. Apabila ekonomi dan permintaannya adalah
perlahan maka upah yang diterima oleh buruh dalam sektor tersebut adalah
rendah.
Oleh
itu, tujuan kajian ini dibuat adalah untuk member pengetahuan yang lebih
mendalam kepada pembuat dasar tentang perkembangan dan peranan sektor pembuatan
di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015 agar dapat menentukan dasar-dasar yang
lebih berkesan bagi mengekalkan peningkatan upah dalam sektor pembuatan pada
tahun-tahun akan datang.
3.0 Objektif Kajian
Objektif
kajian ini adalah untuk:
3.1
Mengenal pasti arah aliran tingkat purata upah sektor pembuatan di Malaysia
dari tahun 2011 hingga tahun 2015
3.2
Menganalisis kadar pertumbuhan tingkat purata upah sektor pembuatan di Malaysia
dari tahun 2011 hingga tahun 2015.
4.0 Kaedah Kajian
Bagi
melaksanakan kajian kerja kursus ini, kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah
sekunder iaitu kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data.
Kedua-dua kaedah ini digunakan untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan
hasil kajian.
4.1 Kaedah Memperoleh Data
Data
sekunder untuk hasil kajian ini diperoleh daripada sumber berikut:
iii) Kertas Strategi 19
muka surat 19 : http://epu.gov.my/sites/default/files/Kertas%20Strategi%2019.pdf
Laporan
tahunan : i) Perkembangan Ekonomi pada tahun 2011 muka surat 31
ii) Perkembangan
Ekonomi pada tahun 2015 muka surat 25 & 36
iii) Perkembangan
Ekonomi pada tahun 2014 muka surat 19 & 22
iv) Prospek dan
Dasar pada tahun 2015 muka surat 78
4.2 Kaedah Analisis Data
Data
yang dikumpul telah dianalisis dalam bentuk peratusan dengan menggunakan rumus
dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan menggunakan graf garis.
Kadar
pertumbuhan tingkat purata upah sektor pembuatan =
x 100
5.0 Hasil Kajian dan Perbincangan
5.1
Mengenal pasti arah aliran tingkat purata upah sektor pembuatan di Malaysia
dari tahun 2011 hingga tahun 2015
Jadual
1 : Purata gaji sektor pembuatan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015
Tahun
|
Purata Upah ( RM )
|
2011
|
1550
|
2012
|
1706
|
2013
|
1759
|
2014
|
2013
|
2015
|
2038
|
( Sumber : Diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan
Malaysia )
Graf
1 : Arah Aliran Tingkat Upah Purata Sektor Pembuatan di Malaysia dari Tahun
2011 hingga Tahun 2015
Graf 1 menunjukkan arah aliran tingkat
purata upah sektor pembuatan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.
Dalam tempoh tersebut, purata upah sektor pembuatan menunjukkan arah aliran
yang meningkat pada setiap tahun. Pada tahun 2011, purata upah sektor pembuatan
mencatatkan nilai sebanyak RM1550. Nilai ini meningkat kepada RM1706 pada tahun
2012. Tahun seterusnya iaitu tahun 2013 menyaksikan peningkatan kepada RM1759
dan terus meningkat kepada RM2013 pada tahun 2014. Pada tahun 2015 pula, purata
upah sektor pembuatan meningkat lagi kepada RM2038. Peningkatan nilai tingkat
purata upah pada setiap tahun ini merupakan manfaat yang diperolehi daripada
perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan sentiasa memberikan tumpuan tehadap
sektor pembuatan dengan pelbagai dasar yang dilaksanakan. Sebagai contoh dalam
RMK-10 (2011-2015) berasaskan kemajuan. Pertumbuhan sektor ini telah
disumbangkan oleh subsektor E&E dan kimia. Peningkatan ini sebahagiannya
disebabkan oleh penggunaan aplikasi baharu untuk produk semikonduktor dalam
pendigitalan, mobiliti, ketersambungan, kecekapan tenaga dan peminiaturan.
Dengan dasar ini, upah yang ditawarkan kepada buruh adalah tinggi dalam tempoh
tersebut.
Tingkat purata upah sektor pembuatan yang
mencatatkan nilai tertinggi sepanjang tempoh lima tahun tersebut adalah pada
tahun 2015 iaitu sebanyak RM2038. Perkara ini berlaku kerana sektor perkilangan
terus berkembang pada tahun 2015 walaupun terdapat pertumbuhan yang lebih
perlahan dalam kelompok utama. Walaupun harga minyak yang lebih rendah akan
menjejaskan pengeluaran produk berkaitan petroleum, pertumbuhan dalam kelompok
berorientasikan eksport disokong oleh permintaan yang mampan terhadap produk
Elektrik dan Elektronik Malaysia. Pertumbuhan dalam kelompok berkaitan pengguna
dan pembinaan akan terus disokong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang
mengalakkan. Dengan permintaan yang mampan terhadap produk E&E Malaysia dan
permintaan dalam negeri yang mengalakkan, sektor pembuatan memerlukan
permintaan buruh yang banyak untuk memenuhi permintaan pasaran, maka upah yang
ditawarkan kepada buruh dalam sektor pembuatan pada tahun tersebut adalah
tinggi.
Nilai upah yang terendah pula dicapai pada
tahun 2011 iaitu sebanyak RM1550. Hal ini didorong oleh momentum pelaburan yang
kukuh mula menjadi sederhana sedikit menjelang separuh kedua tahun 2011,
terutamanya dalam sektor perkilangan berikutan persekitaran global yang
bertambah buruk. Dalam sektor perkilangan, perbelanjaan modal untuk peningkatan
kapasiti oleh syarikat berorentasikan dalam negeri dan eksport adalah lebih
tinggi. Walau bagaimnapun, pertumbuhan pelaburan dalam sektor perkilangan
menjadi sederhana pada separuh tahun kedua terutamanya oleh syarikat
berorentasikan eksport. Ini dicerminkan oleh tahap penggunaan kapasiti yang
lebih rendah yang dilihat pada akhir tahun 2011 lantas mendorong syarikat untuk
mengurangkan operasi dan menangguhkan peningkatan kapasiti baharu. Dengan
pengurangkan operasi dan penangguhan peningkatan kapasiti baharu ini,
permintaan buruh adalah rendah berbanding penawaran buruh. Syarikat hanya
memerlukan sedikit buruh untuk melakukan operasi maka upah yang ditawarkan
kepada buruh pada tahun tersebut adalah rendah.
5.2
Menganalisis kadar pertumbuhan tingkat purata upah sektor pembuatan di Malaysia
dari tahun 2011 hingga tahun 2015
Jadual
2 : Kadar Pertumbuhan Tingkat Purata Upah Sektor Pembuatan di Malaysia dari
tahun 2011 hingga tahun 2015
Tahun
|
Purata Upah ( RM )
|
Kadar Pertumbuhan Tingkat Purata
Upah ( % )
|
2011
|
1550
|
-
|
2012
|
1706
|
10.06
|
2013
|
1759
|
3.11
|
2014
|
2013
|
14.44
|
2015
|
2038
|
1.24
|
(
Sumber : Diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia )
(
Sumber : Diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia )
Graf 2 menunjukkan kadar pertumbuhan tingkat
upah sektor pembuatan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Secara
keseluruhannya, kadar pertumbuhan tingkat purata upah sektor pembuatan
mengalami turun naik. Pada tahun 2012, kadar pertumbuhannya adalah sebanyak
10.06%. Nilai ini terus menurun kepada 3.11% pada tahun 2013 manakala pada
tahun 2014, kadar pertumbuhannya meningkat dengan lebih tinggi kepada 14.44%.
Tahun 2015 menyaksikan kadar pertumbuhan menurun kepada 1.24%.
Kadar pertumbuhan tingkat purata upah
sektor pembuatan yang paling tinggi adalah pada tahun 2014 iaitu sebanyak
14.44%. Hal ini kerana dari segi penawaran, semua sektor ekonomi mencatat
pertumbuhan yang lebih tinggi pada tahun 2014, didorong oleh aktiviti dalam
negeri dan prestasi perdagangan luar negeri yang bertambah baik. Sektor
perkilangan berkembang pada kadar yang lebih tinggi disebabkan oleh prestasi
industri berorentasikan eksport yang lebih kukuh di samping industri
berorentasikan dalam negeri yang berkembang. Industri berorentasikan eksport didorong
sebahagian besarnya oleh pertumbuhan kelompok Eletrik dan Eletronik yang
ketara, terutamanya pada separuh pertama tahun 2014, sejajar dengan peningkatan
permintaan global. Peningkatan dalam kelompok berkaitan sumber disebabkan oleh
permintaan serantau yang meningkat. Pertumbuhan industri berorentasikan dalam
negeri disokong oleh perbelanjaan penggunaan yang mampan dan aktiviti pembinaan
dalam negeri yang mantap. Dengan permintaan sektor pembuatan yang semakin
meningkat, sektor pembuatan memerlukan buruh yang banyak untuk melakukan
operasi eksport dalam negeri maka kadar pertumbuhan upah yang ditawarkan kepada
buruh sektor pembuatan adalah amat tinggi pada tahun tersebut.
Kadar pertumbuhan tingkat purata upah
sektor pembuatan yang paling rendah adalah pada tahun 2015 iaitu sebanyak
1.24%. Perkara ini terjadi kerana dari segi penawaran, semua sektor ekonomi
utama mencatat pertumbuhan lebih sederhana, kecuali sektor perlombongan.
Pertumbuhan yang sederhana ini mencerminkan peningkatan yang lebih perlahan
dalam industri berkaitan permintaan dalam negeri. Industri berorentasikan dalam
negeri menjadi sederhana disebabkan terutamanya oleh pertumbuhan lebih perlahan
dalam kelompok keluaran berkaitan pengguna. Dengan pertumbuhan yang perlahan
itu, kenaikan kadar upah yang ditawarkan kepada buruh dalam sektor pembuatan
pada tahun tersebut adalah rendah.
6.0 Cadangan
Arah
aliran tingkat upah dalam sektor pembuatan menunjukkan peningkatan dari tahun
2011 hingga tahun 2015 manakala kadar pertumbuhan tingkat purata upah dalam
sektor pembuatan mengalami turun naik. Oleh itu, beberapa langkah perlu
dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengekalkan arah aliran tingkat purata upah
sektor pembuatan yang meningkat secara berterusan dan berusaha meningkatkan
kadar pertumbuhan tingkat upah agar tidak jatuh nilainya.
Sebagai
contoh, dalam tempoh RMK-11, kerajaan akan memberikan tumpuan kepada aktiviti
sektor pembuatan bernilai tinggi bagi memperoleh nilai tambah domestik yang
lebih tinggi, mengeluarkan produk yang lebih kompleks dan pelbagai, serta
menjana pekerjaan bergaji tinggi. Dengan langkah ini, upah dalam sektor
pembuatan dapat meningkat dengan positif pada tahun-tahun yang akan datang
kerana kerajaan akan mengambil inisiatif yang efektif bagi mengekalkan
peningkatan upah dalam sektor pembuatan.
Seterusnya,
sepuluh strategi telah dikenal pasti bagi mentransformasikan sektor pembuatan
seperti yang ditunjukkan dalam Paparan 19-6. Strategi tersebut dikategorikan
kepada lima bidang fokus dasar, iaitu:
·
Mengeluarkan produk yang kompleks dan
pelbagai
·
Meningkatkan produktiviti melalui automasi
·
Mengalakkan pertumbuhan berasaskan inovasi
·
Memperkukuh pemboleh pertumbuhan
·
Melonjakkan pengantarabangsaan
Misalnya
dengan mengeluarkan produk yang kompleks dan pelbagai, buruh dalam sektor
pembuatan dapat menyumbangkan lebih banyak tenaga kerja dengan melakukan
pelbagai produk maka upah yang akan ditawarkan kepada buruh adalah lebih tinggi
hasil daripada keuntungan yang diperolehi dalam syarikat yang beroperasi. Pemberian
upah dalam sesuatu aktiviti pengeluaran pada dasarnya merupakan ganjaran kepada
tenaga buruh atas prestasi yang telah disumbangkan dalam aktiviti pengeluaran.
Jelaslah
langkah ini dapat meningkatkan kadar pertumbuhan tingkat upah dalam sektor
pembuatan.
7.0 Penutup / Rumusan Kajian
Secara
keseluruhannya, kajian ini dapat dirumuskan bahawa arah aliran tingkat purata
upah sektor pembuatan adalah meningkat dari tahun 2011 hingga tahun 2015.
Tingkat upah yang tertinggi adalah pada tahun 2015 iaitu RM2038. Tingkat purata
upah sektor pembuatan yang meningkat dalam tempoh tersebut menunjukkan
permintaan yang mengalakkan dalam produk E&E Malaysia dan permintaan negeri
yang mampan.
Berdasarkan
hasil kajian juga, didapati kadar pertumbuhan purata upah sektor pembuatan
mengalami peratus turun naik. Pada tahun 2014, kadar pertumbuhan purata upah
sektor pembuatan mencatatkan 14.44% iaitu kadar pertumbuhan yang tinggi
didorong oleh permintaan sektor pembuatan yang tinggi manakala pada tahun 2015
kadar pertumbuhan purata upah sektor pembuatan mencatatkan nilai terendah iaitu
sebanyak 1.24% kerana pertumbuhan lebih perlahan dalam kelompok keluaran
sehingga menjejaskan peningkatan upah pada tahun tersebut.
Oleh
itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk mengekalkan tingkat
purata upah yang meningkat dan berusaha meningkatkan kadar pertumbuhan purata
upah sektor pembuatan di Malaysia. Antaranya ialah dengan melakukan pembaharuan
bagi sektor pembuatan dalam RMK-11 untuk memastikan buruh dalam sektor
pembuatan dapat manfaat dari segi upah yang tinggi. Selain itu, sepuluh
strategi juga telah dikenal pasti bagi
mentransformasikan sektor pembuatan seperti yang ditunjukkan dalam Paparan
19-6. Langkah ini dapat meningkatkan kualiti dan prestasi sektor pembuatan di
Malaysia dan secara tidak lansung dapat meningkatkan kadar pertumbuhan purata
upah buruh dalam sektor pembuatan.
RUJUKAN
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016. Laporan
penyiasatan gaji dan upah 2011-2015. Diakses pada 26 Mei 2017, daripada https://drive.google.com/file/d/-0B3LLbScOxxi-QV2RWelBONE5NbDg/view
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (2012).
Definisi Upah. Dicapai pada 28 Mei 2017, daripada http://www.kwsp.gov.my/portal/employeers/employers-responsibility/registration/definition
Malaysia. Bank Negara Malaysia, 2011.
Laporan tahunan 2011: perkembangan
ekonomi pada tahun 2011. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.
Malaysia. Bank Negara Malaysia, 2015.
Laporan tahunan 2015: perkembangan konomi
tahun 2015. Kuala Lumpur: Bank
Negara Malaysia.
Malaysia. Bank Negara Malaysia, 2014.
Laporan tahunan 2014: perkembangan
konomi tahun 2014. Kuala Lumpur:
Bank Negara Malaysia.
Malaysia. Bank Negara Malaysia, 2014.
Laporan tahunan 2014: prospek dan dasar
pada tahun 2015. Kuala Lumpur: Bank
Negara Malaysia.
Unit Perancang ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri. 2019. Kertas strategi 19. Diakses pada 17 Jun 2017,
daripada http://epu.gov.my/sites/default/files/Kertas%20Strategi%2019.pdf
Comments
Post a Comment