LAPORAN ASEAN ART FESTIVAL


LAPORAN ASEAN ART FESTIVAL
FITRI NURMUHAJIR BINTI ISAGANI


PENDAHULUAN
Program Asean Art Festival 2018 ialah salah satu program anjuran pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini diadakan pada 1 Disember 2018  yang bertempat di DECTAR UKM berlansung pada pukul 8 malam hingga 11 malam. Program ini melibatkan 8 buah negara ASEAN iaitu Malaysia, Brunei Darulsalam, Indonesia, Myanmar, Cambodia, Thailand, Filipina dan negara jemputan khas dari Korea Selatan. Program ini dapat memperlihatkan budaya dan kesenian dari negara masing-masing. Program ini dihoskan oleh saudari Norsyamimi dan saudara Hafiz yang merupakan alumni UKM. Keunikan program ini ialah peserta program terdiri daripada pelajar Universiti dari negara masing-masing.

OBJEKTIF
-          Pengalaman dan pembelajaran ilmu pengetahuan untuk mengenali kesenian dari Negara-negara Asean
-          Melihat bagaimana proses pelajar-pelajar UKM membuat persembahan dan menganjurkan program yang bersifat Antarabangsa
-          Memartabatkan seni warisan negara masing-masing di peringkat antarabangsa.

PENGISIAN ACARA
Acara dimulakan dengan ketibaan VVIP dan dif dif kehormat iaitu Prof. Madya Dr. Haji Roslee Rajikan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Tuan Haji Abdul Razak Husin selaku Ketua Pusat Kebudayaan, Puan Hazelina Ghazaly, Ketua Pusat Kebudayaan merangkap Penyelaras Citra Kebudayaan UKM dan YDP Artisukma. Nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita dinyanyikan. Sebelum 8 buah negara ASEAN dan Republic Of Korea mempersembahkan keunikan seni budaya dari negara masing-masing, para penonton disajikan oleh persembahan pembukaan daripada kumpulan dikir barat artisukma UKM. Tibalah sesi pengenalan peserta bagi 8 buah negara ASEAN dan negara jemputan iaitu Korea dengan pemberian cenderamata kepada wakil peserta dari negara masing-masing. Sesi ini dimulakan dengan pengenalan peserta dari Thailand diikuti dengan Brunei, Myanmar, Indonesia, Vietnam, Filipina, Cambodia, Indonesia, Republic of Korea dan akhir sekali Malaysia iaitu wakil daripada pelajar UKM. Selepas itu bermulalah persembahan dari setiap negara yang ditunggu-tunggu oleh para penonton. Persembahan budaya ASEAN Art Festival dimulakan dengan persembahan tarian tradisional dari negara Thailand. Seterusnya, dari negara Brunei dengan persembahan tarian tradisional dari negara mereka. Diikuti dengan Myanmar yang mempersembahkan 2 jenis tarian iaitu tarian solo wanita dan tarian tradisional berkumpulan. Dari Universiti Sumatera Utara, Indonesia, mereka mempersembahkan tarian kisah dongeng puteri yang membunuh diri akibat berkahwin dengan lelaki yang tidak dia cintai,kisah  yang terkenal di negara mereka. Negara Vietnam memperlihatkan 3 jenis tarian tradisional mereka dan saya berasa kagum dengan seorang peserta Vietnam yang melompat membelakang untuk menayangkan bendera negara mereka. Seterusnya dari negara Filipina pula, mereka membuat persembahan yang lain daripada yang lain iaitu dengan sekumpulan band yang bernama OPM Band  yang bermain alat muzik diikuti dengan sepasang penyanyi yang sangat merdu suaranya dan menyanyikan 3 buah lagu yang menunjukkan perasaan cinta dan kasih sayang yang mendalam antara mereka. Selepas itu, pelajar dari UKM sendiri membuat persembahan tarian etnik Sarawak dan Sabah. Persembahan yang sangat menakjubkan ,semua penonton berasa bangga melihatnya. Seterusnya negara Cambodia pula membuat persembahan tarian bunga, diikuti dengan Indonesia dari university Jogjakarta yang mempersembahan tarian tradisional Bali yang sangat menarik dan mengerunkan penonton dengan wajah mereka dan bunyi muzik mereka. Akhir sekali, persembahan dari negara Korea,pada mulanya mereka mempersembahkan tarian tradisional lalu mereka membuat 2 persembahan tarian moden yang sangat-sangat diminati oleh ramai penonton sehingga penonton berteriak tak ingat dunia kerana kekacakan dan kecantikan peserta Korea itu. Program diakhiri dengan persembahan Zapin oleh kesemua peserta  wakil daripada 9 buah negara.

KEBAIKAN ATAU FAEDAH PENGANJURAN PROJEK
-          Memberi pendedahan terhadap keunikan seni budaya negara ASEAN
-          Orang ramai dapat mengetahui budaya asing yang wujud di luar sana
-          Membina hubungan silahturahim antara pelajar UKM dengan pelajar antarabangsa
-          Dapat saling berkongsi budaya negara masing-masing
-          Budaya Malaysia lebih diketahui ramai.

PANDANGAN ATAU CADANGAN UNTUK PENAMBAIKAN DIMASA AKAN DATANG
Pada pandangan saya, penambaikan yang perlu dilakukan pada masa yang akan datang adalah lampu pentas haruslah dinyalakan dan disuluhkan kepada penonton dengan lebih cermat. Hal ini kerana lampu pentas yag dinyalakan tempoh hari menganggu penglihatan penonton untuk melihat persembahan. Nyalaan lampu terlalu silau. Selain itu, para peserta sebaiknya memperkenalkan diri dan berucap sendiri tentang apa yang ingin mereka mempersembahkan agar lebih jelas kepada penonton.

KESIMPULAN DAN PENUTUP
Kesimpulannya, program ini sangat baik untuk para pelajar dan juga orang awam yang turut dialu-alukan untuk datang menyaksikan persembahan-persembahan tersebut. Pelbagai faedah yang diperolehi hasil daripada usaha keras pihak UKM sendiri untuk menjayakan program berprestij ini. Saya amat menyokong program ini sampai bila-bila. Terima kasih kerana memberikan satu pengetahuan yang baru untuk saya dan menghiburkan hari saya dengan telatah pengacara yang sangat mencuit hati.


PERSEMBAHAN PEMBUKAAN DENGAN DIKIR BARAT UKM




Bersama dengan penari dari Universiti Indonesia



Comments

Popular posts from this blog

PEMBELIAN BARANGAN SECARA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN WARGA CKS, PAPAR

KOMUNIKASI LISAN DALAM BAHASA MELAYU

BAHASA SLANGA