PANTUN RIWAYAT DIRI FITRI NURMUHAJIR
PANTUN RIWAYAT
DIRI FITRI NURMUHAJIR
Pantun ini saya reka sendiri ketika mengambil kursus citra pantun pada semester 1 tahun 2018/2019.
1) Ikat sanggul
bunga ditepi,
Cantik warnanya si
bunga Sakura,
Ku dilahirkan di
malam hari,
Tepat pada malam
raya.
2) Permaisuri raja
bagai jatuh ke riba,
Sungguh berseri
dan anggun,
Setiap kali Bulan
Februari tiba,
Aku menyambut
ulang tahun.
3) Kota Putih
mudah ditelan banjir,
Kerana dikelilingi
pantai,
Nama diberi Fitri
Nurmuhajir,
Dari sang Ayah
yang dicintai.
4) Jalan-jalan ke
Pulau Jawa,
Terdengar pula
laungan Azan,
Ayah saya
berbangsa Jawa,
Ibu pula berbangsa
Kadazan.
5) Ke pasar tani membeli
payung,
Ditemani oleh si
adik cerdik,
Takdir menjadi
anak sulung,
Daripada lima
adik-beradik.
6) Ikan duyung
kelihatan terdampar,
Orang ramai mula
gelabah,
Tempat tinggalku
di Papar,
Sebuah daerah
negeri Sabah.
7) Si hitam sering
berduka,
Merindukan orang
yang tidak wajar,
Pendidikan awalku
di tadika,
Umur lima tahun,
ku mula belajar.
8) Sang kancil si
bijaksana,
Tinggi ilmunya
belajar tak jemu,
Sekolah rendahku
di sekolah Cina,
Untuk mendapat
tambahan ilmu.
9) Pergi bercuti
ke Pulau Tiga,
Bawa bersama pasir
segenggam,
Ketika di darjah
tiga,
Unit kokum ku
pancaragam.
10) Jalan hidup
selalu berliku,
Jangan mudah
mendengar hasutan,
SMK.ST.JOSEPH
sekolah menengahku,
Mula belajar erti
persahabatan.
11) Gunung Kinabalu
ditawan pendaki,
Dengan semangat
yang kental,
Aku ke sekolah
berjalan kaki,
Kadang-kala
menggunakan basikal.
12) Apabila
bekerja biar pantas,
Agar tugasan
menjadi efisien,
Ketika aku di menengah
atas,
Ku mengambil
aliran sains tulen.
13) Ketika
matahari mula terbenam,
Ia mula
mengelapkan bumi,
Sambung pengajian
di tingkatan Enam,
Bertukar pula ke
bidang Ekonomi.
14) Lepas solat
terus berzikir,
Barulah nampak
seperti orang gagah,
Pra-universiti di
SMK Majakir,
Tempoh masanya
Satu tahun setengah.
15) Arang hitam
terus terbakar,
Minyak bakar pun
kehabisan,
Keputusan STPM
sudah keluar,
Syukur dapat 4flat
keputusan.
16) Bagai pungguk
rindukan bulan,
Kehilangan si
bulan tiada ganti,
Cuti panjang sembilan
bulan,
Dapat rezeki jadi
guru ganti.
17) Air hujan
terus tertuang,
Seperti deras air
mata berderai,
Bila ada masa
terluang,
Ku menolong ibu di
gerai.
18) Dalam gua
banyak kelawar,
Gua Niah jadi
sebutan,
Keputusan UPU
sudah keluar,
UKM jadi
universiti tawaran.
.
19) Air di lautan
banyak berbuih,
Tidak hilang walau
apapun,
Kos ekonomi telah
terpilih,
Pengajian selama
tiga tahun.
20) Si kakak suka
terperap di kamar,
Ibu panggil dia
beri alasan,
Kolej kediamanku
di Ungku Omar,
Fakulti Ekonomi
dan Pengurusan.
21) Hari ini ibu
masak bihun,
Tidak lupa menuang
cuka,
Tahun ini berumur
20 tahun,
Tidaklah muda
mahupun tua.
22) Kanak-kanak main
sorok-sorok,
Bermain riang
hingga keasyikan,
Di UKM sangatlah
seronok,
Dapat pelbagai
jenis rakan.
23) Kerepek pisang
ditambah keju,
Dicampur juga
dengan coklat,
Saya ini suka
bertinju,
Tetapi masuk citra
silat.
24) Si gagak
nangis sebab menyesal,
Meraung ia
tersendu-sendu,
TNC HEPA adakan
futsal,
Wakili KUO ikut
beradu.
25) Emak pergi ke
Bandar Cik Siti,
Mencari ubat
paling mujarab
Ujian midsem lepas
cuti,
Insha Allah boleh
menjawab.
26) Data sudah di
dalam sistem,
Jangan isi
terburu-buru,
November ini acara
SUKEM,
Pergi latihan kena
selalu.
27) Mencari sayur
di pekan,
Membeli di tempat
biasa,
Ingin menjadi
pelajar dekan,
Belajar kena bijak
susun masa.
28) Amarah di jiwa
terus membara,
Jaga iman sebaik
bara,
Sahabat baru ku
namanya Ara,
Asal Melaka,
selalu gembira.
29) Anak jiran
membaling batu,
Ingin ku cubit
sebenarnya,
Cepatlah habis sem
satu,
Tak sabar menanti
sem seterusnya
30) Orang Melayu
hidup beradat,
Jiwanya juga
seorang pemberani,
Saya berharap saya
kuat
Untuk terus
bertahan di “sini”.
Comments
Post a Comment