PENGALAMAN MENJADI GURU GANTI
Pada awal April 2018, saya telah mendapat satu pesanan melalui Messenger daripada bekas guru Bahasa Melayu sekolah menengah saya yang menawarkan saya untuk menjadi seorang guru ganti di sekolah lama saya iaitu SM.ST.JOSEPH,PAPAR kerana guru yang saya ganti itu tengah cuti bersalin.
Perasaan pada waktu itu, gila laa happy berabis. Saya anggap ianya sebagai hadiah ataupun rezeki kerana berkat keputusan STPM saya 4flat di ketika itu membolehkan saya mendapatkan kerja tersebut.
Hari pertama saya melangkah kaki masuk ke sekolah, fuhh berdebar sangat sebab sudah hampir 2 tahun tidak melawat sekolah lama saya. saya menjadi guru ganti Bahasa Melayu bagi kelas tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 5 manakala guru ganti Geografi bagi tingkatan 2. so ada 4 kelas yang saya kena ajar. bahasa Melayu tu okay lagi sikit, geografi yang saya kena study betul2 dekat rumah untuk fahamkan balik,maklumlah last baca geografi masa tingkatan 3 sebab ambil PMR .
Jadi awal2 masuk kerja tu,saya baru tau cara2 punch kad hahah, seorang guru nda boleh lewat dtang kerja,kena awal. okay kelas pertama yang saya masuk adalah kelas 2 Wagner ,ni kelas pertama di skolah saya, budak2 pintar semua haha, alhamdulillah pelajar2 sangat friendly dgan saya ,jadi saya tidak lah berasa resah sangat. saya mengajar mereka prosa tradisional ketika itu. dan kelas2 seterusnya hahahah ternyata jadi seorang guru ni seronok juga sebab kita boleh berkongsi pengalaman yang kita ada dgn mereka.
ohya,tidak lupa juga rakan-rakan sekerja iaitu bekas-bekas guru saya semuanya sangat baik,mereka banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya , cara2 mengawal pelajar dalam kelas. saya sangat seronok diberi peluang selama 2 bulan untuk berbakti kepada sekolah lama. TERIMA KASIH,ST JOSEPH!
Comments
Post a Comment