STPM 4FLAT 2016/2017
Alhamdulillah, apabila keputusan STPM tahun 2016/2017 dikeluarkan, saya terkejut apabila guru kelas saya memberitahu bahawa saya mendapat 4.00 cgpa. saya terus menangis waktu itu dan memberitahu kedua orang tua saya. akhirnya impian saya tercapai. saya memgambil result di smk Putatan kerana mereka menjadi tuan rumah penyampaian sijil pada tahun tersebut. saya agak sedih kerana tidak dapat datang ke sekolah asal saya iaitu smk Majakir untuk mengambil result bersama-sama rakan-rakan saya. Sejujurnya, saya sendiri tidak menyangka akan mendapat keputusan ini kerana saya sendri kenal dri saya sendri yang agak pemalas untuk belajar. sehingga pada majlis penyampaian sijil itu, saya merasa tidak layak untuk berada di situ bersama pelajar-pelajar yang lebih hebat daripada saya. tapi ibubapa saya sentiasa memberikan kata semngat kepada saya. saya sangat bersyukur kerana saya rasa itula kali pertama saya membuat keluarga saya berbangga dengan saya.
Comments
Post a Comment