SURAT RAYUAN PINDAH UNIVERSITI
Ketika pertama kali saya masuk ke UKM,saya pernah membuat surat rayuan untuk pertukaran universiti kerana ketika itu bernacam-macam perkara yang bermain di pikiran saya. Alhamdulillah setelah berpikir masak-masak dan menerima pelbagai dorangan dari orang-orang yang berpengalaman, sehingga ke hari saya masih menuntut ilmu di UKM ini.
Ini merupakan surat yang berpernah dikarang oleh saya. Hehe
Fitri
Nurmuhajir Binti Isagani,
Peti
Surat 492,89608
Kg.
Kelatuan, Papar, Sabah.
Prof. Dr. Raman Noordin,
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan
Perakaunan,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400,
Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia.
1 OGOS 2018
Tuan,
RAYUAN
PERMOHONAN PERTUKARAN UNIVERSITI DAN JURUSAN PENGAJIAN
Merujuk perkara diatas, saya Fitri
Nurmuhajir telah mendapat tawaran sebagai pelajar di Universiti Kebangsaan
Malaysia dalam jurusan KE00 Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Dengan Kepujian. Namun,
saya ingin memohon pertukaran ke universiti tuan dalam jurusan HE07 Ijazah
Sarjana Muda Ekonomi Dengan Kepujian ( Ekonomi Kewangan ) kerana keluarga saya
tidak mampu membiayai kos pengajian saya yang berada di luar kawasan Sabah.
2. Untuk makluman tuan, ibubapa saya
mempunyai tanggungan yang banyak termasuk saya dan adik-beradik yang ramai.
Pekerjaan ibubapa saya hanyalah sebagai peniaga pasar malam di Pekan Papar.
Tambahan pula, adik lelaki saya juga memasuki ke universiti pada masa yang sama
dengan saya. Saya ingin meringankan beban kedua orang tua saya untuk menghantar
saya dan adik lelaki saya ke universiti. Adik lelaki saya mendapat tawaran ke
UMS dan saya tidak ingin menyusahkan keluarga saya untuk menghantar saya
menyambung pengajian ke tempat yang lebih jauh sedangkan di negeri Sabah
sendiri juga mempunyai universiti yang terbaik dan tiket penerbangan ke
semenanjung juga akan membuatkan kewangan keluarga saya terjejas. Selain itu,
saya juga meminati jurusan Ekonomi Kewangan secara lebih mendalam dan saya
percaya saya akan lebih fokus menuntut ilmu jika belajar di tempat yang saya
berkenan dan tidak menyusahkan keluarga saya.
3. Bersama-sama surat ini, saya sertakan
lampiran surat sokongan, sijil akademik dan kokurikulum yang berkaitan untuk
pertimbangan lanjut. Sebarang pertanyaan lanjut, tuan boleh menghubungi saya di
talian 016-5850200 atau email saya fitripipitt4@gmail.com. .
Besar hati saya sekiranya pihak tuan
memahami masalah yang dihadapi sekaligus mempertimbangkan permohonan ini.
Kelulusan dan pertimbangan pihak tuan sangatlah dihargai.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,
(Fitri Nurmuhajir )
Comments
Post a Comment