Posts

luahan hati

hari ni aku mau crita psal bekas kawan baik aku, aku ada 1 orang kwan baik ni sjak f4 lgi tapi skrng sda rengang atas sebab2 tertentu. jujur aku ckap dlam aku bnci2 dia ni sbrnya aku rindu dia dlam diam, sbb dia lah kwan yg paling byk tau psal diri aku , aku ndatau mau buat mcmna utk kami jdi mcm dulu balik, kwan baik hmm.. mungin smua ni salah aku jga yg terlmpau byk berpkir ,dan salah fham terjadi. aku cma berharap dia akan terjmpa blog ni,dan sudi maafkan ksalahan aku. Sakit rasa dia apabila org yg paling kau rapat pergi tinggalkan kau bgtu sja , sakit dia kalah sakit putus cinta hmm

MIRA SAHABAT BARU KU

Image
Ada iras muka Janna Nick tak gambar kat atas tu? iras muka Jisoo ke? hmm, dia kata dia kembar dgan Jisoo, aku iyakan saja lah , kang dia marah pula. hahahah okay apa yg aku nak cerita pasal dia  ni?  Nama dia Mira, boleh lah panggil dia mir, choyy, kiroro mirae, smua la panggil ja. Dia ni senior aku kat UKM, beza umur kitaorang 5 bulan je sebenarnya , cuma beza tahun kelahiran lah haha. Aku kenal dia dkat team futsal kuo, awal2 tu mmg aku tak tgok dia ni, sbb mcm sombong je, mcm memilih kwan je hmm. aku pun tak juga nak p berkwan dgn dia ni smpai lah 1 malam tu time kitaorang training, dia pkai selipar tak silap,tpi dia nak main bola, so aku pun pnjamkan lah kasut aku dgn dia, lpstu kitaorang start lah berborak eh eh rupanya masuk pula dgn dia ni, kelakar budak ni lpstu start mlam tu kot kitaorang dah start berckap. Lepas tu dia ajak lepak bilik dia, lpstuu jadi rapat gilaa , aku pun tak tahu la mcmna boleh rapat sangat ni. Dia ni lawa orangnya , aku terkejut gila...

STPM 4FLAT 2016/2017

Image
Alhamdulillah, apabila keputusan STPM tahun 2016/2017 dikeluarkan, saya terkejut apabila guru kelas saya memberitahu bahawa saya mendapat 4.00 cgpa. saya terus menangis waktu itu dan memberitahu kedua orang tua saya. akhirnya impian saya tercapai. saya memgambil result di smk Putatan kerana mereka menjadi tuan rumah penyampaian sijil pada tahun tersebut. saya agak sedih kerana tidak dapat datang ke sekolah asal saya iaitu smk Majakir untuk mengambil result bersama-sama rakan-rakan saya. Sejujurnya, saya sendiri tidak menyangka akan mendapat keputusan ini kerana saya sendri kenal dri saya sendri yang agak pemalas untuk belajar. sehingga pada majlis penyampaian sijil itu, saya merasa tidak layak untuk berada di situ bersama pelajar-pelajar yang lebih hebat daripada saya. tapi ibubapa saya sentiasa memberikan kata semngat kepada saya. saya sangat bersyukur kerana saya rasa itula kali pertama saya membuat keluarga saya berbangga dengan saya.

GENG FUTSAL KUO SAYA

Image
TEAM WW yang sebenarnya membawa maksud wikwik ataupun winwin. Idea untuk menamakan kumpulan kami dengan gelaran ini apabila viralnya sebuah video lagu Thailand ketika itu maka muncul lah nama kumpulan futsal ini sebagai TEAM WW. Pada September 2018, satu pemilihan pencarian pemain futsal wanita telah diadakan dekat kolej saya iaitu KUO ( KOLEJ UNGKU OMAR) , saya ingat lagi ketika itu hari Isnin pukul 5 petang, saya sampai sanggup ponteng kelas bahasa Thailand demi menghadirkan diri ke pemilihan itu. dan satu perlawanan telah dibuat bagi memilih pemain yang akan mewakili kuo untuk bertandingan di perlawanan futsal yang dianjurkan oleh TNC HEPA. Seramai 20 orang wanita yang hadir ketika itu, saya memilih untuk menjadi keeper walaupun sebenarnya saya tak reti menangkap bola. dan alhamdulillah saya terpilih masuk ke dalam team tersebut. Perlawanan diadakan sebanyak 10 perlawanan, pada perlawanan pertama iaitu 7 Okt, kami telah berentap dengan KPZ, dan kami menang dengan mata 2-0. ...

SILAT CEKAK HANAFI

Image
Asal-usul Silat Cekak yang merangkumi : a) Salasilah perguruan  Silat Cekak ini berasal dari Kedah, yang hanya diajarkan kepada para panglima. Panglima Ismail Panglima Kanan Negeri Kedah di zaman Kesultanan Ahmad Tajuddin II. Orang yang paling lama diketahui mempelajari silat ini. Panglima Ismail, pada suatu masa telah mengalahkan seorag Batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) di Kubang Kerian, Perak. Panglima Tok Rashid Panglima Kanan Negeri Kedah telah menerima Silat Cekak dari wasilah Panglima Ismail. Yahya Said ( Pemegang Amanah ) Menerima Silat Cekak dari Panglima Tok Rashid sebagai "Pemegang Amanah" selama 40 tahun dari 1925 hingga 1965. Panglima Tok Rashid mengamanahkan silat ini kepada Yahya Said (Pak Ya Said) dengan pesannya: " Kalau ada anak cucuku dari Kedah yang ingin belajar, hendaklah engkau pulangkan kembali" Maka En. Yahya Said pun diamanahkan untuk menjaga silat ini, untuk ...

PANTUN RIWAYAT DIRI FITRI NURMUHAJIR

PANTUN RIWAYAT DIRI FITRI NURMUHAJIR Pantun ini saya reka sendiri ketika mengambil kursus citra pantun pada semester 1 tahun 2018/2019. 1) Ikat sanggul bunga ditepi, Cantik warnanya si bunga Sakura, Ku dilahirkan di malam hari, Tepat pada malam raya. 2) Permaisuri raja bagai jatuh ke riba, Sungguh berseri dan anggun, Setiap kali Bulan Februari tiba, Aku menyambut ulang tahun. 3) Kota Putih mudah ditelan banjir, Kerana dikelilingi pantai, Nama diberi Fitri Nurmuhajir, Dari sang Ayah yang dicintai. 4) Jalan-jalan ke Pulau Jawa, Terdengar pula laungan Azan, Ayah saya berbangsa Jawa, Ibu pula berbangsa Kadazan. 5) Ke pasar tani membeli payung, Ditemani oleh si adik cerdik, Takdir menjadi anak sulung, Daripada lima adik-beradik. 6) Ikan duyung kelihatan terdampar, Orang ramai mula gelabah, Tempat tinggalku di Papar, Sebuah daerah negeri Sabah. 7) Si hitam sering berduka, Merindukan orang yang tidak wajar, Pendidikan a...

KERJA KURSUS EKONOMI F6

PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, Encik Isagani   dan Puan Intan yang banyak menyokong serta membantu saya melaksanakan kerja kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4) Penggal 3 Tahun 2017 yang bertajuk “Upah Sektor Pembuatan Di Malaysia Dari Tahun 2011 Hingga Tahun 2015”. Tanpa jasa mereka, mustahillah untuk saya siapkan kerja kursus ini. Seterusnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada guru Ekonomi iaitu Puan Amanda Wong kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan serta memastikan saya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Di samping itu, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya seperti Hasimah dan pihak-pihak lain yang telah menyumbangkan masa dan tenaga untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Sumbangan pihak-pihak ini amatlah kritikal kepada kejayaan saya dalam tugasan ini.   Pelbagai cabaran dan rintangan telah saya hadapi dalam proses melaksanakan tugasan ini. W...